in

[VIDEO] Polis Tengah Cari ‘Marshal’ Yang Ganggu Trafik di Lampu Isyarat Sebab Nak Bagi Geng Konvoi Lalu

Ft Marshal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video viral sejak 2 hari lepas di media sosial yang telah mengundang kemarahan pengguna jalan, video itu memperlihatkan individu yang dipercayai memainkan peranan sebagai marshal (pengiring konvoi) di kawasan lampu isyarat sewaktu tengah merah.


Disebabkan itu polis kini sedang mengesan marshal tersebut kerana memberhentikan kenderaan awam di kawasan lampu isyarat di Sua Betong, Port Dickson.

 

Marshal tidak boleh berhentikan kenderaan – PDRM

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mereka bergerak dari Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

Marshall Tiada Kuasa Tahan Kenderaan.

"POLIS CARI MARSHALL BERLAGAK SEPERTI POLIS TRAFIK"Port Dickson: Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Posted by DUNIA MOTOR MOHD ASRI on Saturday, November 20, 2021

“Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.”

Dalam pada itu, beliau juga turut menegaskan bahawa mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti konvoi tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata menzahirkan rasa geram terhadap tindakan mereka.

 

Kau siapa – Netizen

Marhal Marshal2 Marshal3 Marshal4

Ada juga yang anggap bahawa individu tersebut mungkin tak tahu bahawa perbuatan yang dilakukan ini salah.

 

Baca : “Mmg saya Buddha tapi tak salah bantu muslim”- Penganut Agama Buddha ‘Tolong Jaga Jalan’ Ketika Solat Sunat AidilAdha

Featured 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.