in

Video Perompak Bergayut Di Jambatan Sambil Curi Telefon Penumpang Kereta Api Bikin Netizen Shook!

Curi Telefon Kereta Api

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam Spiderman!

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang pencuri yang bergayut di atas sebuah jambatan sambil mencuri telefon bimbit seorang penumpang kereta api yang sedang merakam pemandangan.


Memetik laporan India.com, insiden berkenaan sempat dirakam penumpang lain yang difahamkan adalah rakan kepada mangsa kecurian. Kejadian terbabit difahamkan berlaku semasa kereta api Inter City Express melalui Jambatan Rajendra Setu yang menghubungkan Patna dan Begurasai.

140515743 56A6A5793Df78Cf7728F91F0 E1654926863696
Gambar hiasan

Pada awalnya, mangsa, Sameer Kumar sedang merakam permandangan Sungai Ganga menggunakan telefon bimbitnya. Ketika mangsa sedang duduk bercangkung di tepi pintu untuk merakam permandangan, tiba-tiba telefon bimbit mangsa hilang dari tangan.

Kalau dilihat menerusi video pun, memang tak nampak apa yang jadi. Tau-tau je mangsa dah terpinga-pinga sebab telefon bimbit dah tiada di tangan.

Walau bagaimanapun, menerusi slow motion, dapat dilihat rupanya ada orang yang tergantung di jambatan terbabit dan dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk merampas telefon bimbit yang dipegang mangsa.

Korang boleh tengok video tu kat bawah:

Ternyata, ia bukanlah kejadian satu dalam seribu kerana difahamkan, Jambatan Rajendra Setu itu memang menjadi ‘port’ penjenayah untuk mengikat diri mereka dengan tali sambil menunggu kereta api lalu untuk mencuri telefon bimbit mana-mana penumpang.

Kalau korang nak tahu, sumber juga mengatakan setiap hari memang terlalu banyak kes kecurian seperti yang dialami Sameer Kumar.

Sumber: India.com

Baca: Pencuri Tertidur 6 Jam Dalam Kereta Mangsa, Suruh Polis Bebaskan Sebab Tak Larikan Apa-Apa Lagi

Pencuri Tidur E1654919465792

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.