in

[Video] Orang Ramai Berkejaran Atas Highway, Tolong Tangkap Anjing Peliharaan Terlepas, Siap Tawar RM 2000

Anjing Terlepas3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah ada haiwan peliharaan ini, kita akan anggap ia sebahagian daripada keluarga kita, owner manalah yang tak bimbang jika melihat haiwan peliharaannya terlepas di tempat awam apatah lagi di tempat yang berbahaya.


Itu lah yang Steven Chong rasa apabila melihat video anjing kesayangannya berlarian di dari jambatan melepasi bahu jalan di hadapan “Eco Cheras” dan melalui Petron & stesen minyak Petronas menghala ke KL.

Video itu jadi viral di media sosial, raih 2.3K perkongsian sepanjang 2 hari ia muat naik di Facebook dan lebih daripada 1,000 retweets di Twitter.

 

Owner pergi oustation, terlepas masa dibawah jagaan petshop.

173265944 10158281976308450 6089273865496304493 N

Kejadian ini berlaku pada 14 April 2021 lepas, dua hari selepas Steven hantar anjing peliharaan yang dinamakan sebagai Dafi ini kepada sebuah petshop untuk urusan kerja kerana dia perlu berada di luar kawasan.

Pihak petshop terbuka pintu dengan tidak sengaja dan membuatkan Dafi terlepas.

Melihat keadaan Dafi di dalam video di bawah ini, sudah semestinya Steven rasa tak tenteram, menurutnya, Dafi kelihatan seperti ketakutan.

“Hancur hati saya melihat Dafi berlari di jalan dengan perasaan takut dan mungkin mencari saya. Saya betul-betul merobek. Sudah 10 hari sejak Dafi hilang (sepanjang 24 April 2021). Siapa yang telah mengambil Dafi saya, bolehkah anda mengembalikannya kepada saya?.”

I received this short video from Rosalynn this late afternoon. It breaks my heart seeing Dafi running at the street…

Posted by Steven Chong on Saturday, April 24, 2021

Bila diperhatikan video tersebut, orang ramai di atas jalan berkurumun untuk cuba menanggap anjing jenis Poodle itu,

Disebabkan itu, Steven memberitahu pihak petshop akan menawarkan RM 2,000 kepada sesiapa yang menjumpai Dafi dan RM 500 kepada mereka yang mahu memberikan maklumat kepadanya.

Posted by Steven Chong on Monday, April 19, 2021

 

Telah dijumpai & dalam keadaan selamat

Walaubagaimanapun, semalam Steven telah memberikan info terkini bahawa Dafi telah pun dijumpai oleh salah seorang penunggang motosikal lelaki yang berusia dalam lingkungan 40 ke 50 an.

Terkini, penyelamat yang dikenali sebagai Siva telahpun menghubungi Steven.

My Dafi is saved. The foster guy, Mr Siva, has contacted me and now on his way to bring Dafi home. Thanks to this Samaritan. I will update everyone again soon. ??????

Posted by Steven Chong on Sunday, April 25, 2021

Difahamkan ada berlaku sedikit masalah apabila pihak petshop itu dikatakan enggan untuk memberikan bayaran ganjaran kepada individu yang menjumpai Dafi. 

Walaubagaimanapun, mujurlah Dafi kini berada di dalam keadaan yang selamat, jika ingin mengetahui maklumat lanjut pasal Dafi ni, boleh update dekat Facebok Steven Chong.

 

Baca : “Dog is man’s best friend” – Anjing Peliharaan Setia ‘Berkampung’ 6 Hari Depan Hospital Tunggu Tuan Discharged

Anjing

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.