in

“Dog is man’s best friend” – Anjing Peliharaan Setia ‘Berkampung’ 6 Hari Depan Hospital Tunggu Tuan Discharged

Good Girl Anjing Peliharaan Berkampung 6 Hari Depan Hospital Tunggu Tuan Discharge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kucing, anjing merupakan antara haiwan peliharaan yang mempunyai peminat yang ramai. Kata Raja Frederick dari Prussia, dog is man’s best friend.



Seekor anjing betina di Turki betul-betul membuktikan kata-kata Raja Frederick apabila dia sanggup tunggu di hadapan pintu masuk sebuah hospital dimana tuannya sedang dirawat.

Good Girl Anjing Peliharaan Berkampung 6 Hari Depan Hospital Tunggu Tuan Discharge 1

Memetik portal CNN, kejadian menyentuh hati itu berlaku di Medical Park Hospital, Trabzon, timur laut Turki pada 14 Januari lalu.

Dikhabarkan, apabila Cemal Senturk dimasukkan ke hospital, anjing peliharaannya, Boncuk telah melarikan diri dari rumah dan mengekori ambulans yang membawa tuannya sehingga ke fasiliti berkenaan.

Di sana, haiwan itu setia menunggu di pintu entrance dan hanya menjengahkan kepalanya apabila pintu terbuka.

Good Girl Anjing Peliharaan Berkampung 6 Hari Depan Hospital Tunggu Tuan Discharge 2 E1611377152534

Menurut Murat Ercan, pengarah pusat pesakit internasional hospital, staf di situ ada menelefon keluarga Cemal untuk mengambil anjing itu. Tetapi, Boncuk akan datang semula ke hospital keesokan harinya.

Tambah pihak hospital lagi, keluarga Cemal tinggal di sebuah apartment berdekatan. Tapi, tak seorang pun ahli keluarganya tahu macam mana Boncuk boleh lari dari rumah setiap kali ada yang bawa dia balik.

“Boncuk tak masuk ke dalam hospital tapi hanya tunggu di pintu. Dia tak nak balik sampailah hari keenam bila Cemal discharged,” kata Murat dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Cemal juga ada cuba untuk pujuk Boncuk untuk balik tapi anjing tu tetap berdegil dan duduk di depan pintu hospital.

Good Girl Anjing Peliharaan Berkampung 6 Hari Depan Hospital Tunggu Tuan Discharge 4 E1611377064102

Sepanjang enam hari Boncuk ‘berkampung’ di hadapan pintu hospital, pihak hospital memberi anjing itu makan dan menjaganya. Apabila Cemal dibenarkan keluar dari hospital, barulah Boncuk bangun dan ikut tuannya balik rumah.

Sumber: CNN

Baca: “Anjing setia” – Anjing ‘Redah’ 100KM Selama Seminggu Demi Pulang Ke Rumah Pemilik

Ft Anjing Final 1 E1611375734863

Sumber: CNN
Sumber: Daily Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.