Biasanya kita hanya melihat orang melompat dari bangunan ke bangunan ni dalam video parkour je kan? Dalam video parkour pun, biasanya diorang akan memakai pakaian kasual yang sesuai dengan aktiviti lasak yang dilakukan.
Tapi klip yang dikongsi oleh pengguna @amur360 di Tiktok ni memang betul-betul melawan norma.
Melalui klip 12 saat itu, seorang pemuda dilihat melompat di antara dua runtuhan bangunan yang agak tinggi. Menariknya, lelaki itu terjun dari bangunan tersebut secara berjubah dan berselipar. Kering gila brader ni!
Perkara ini dianggap mengagumkan kerana jubah labuh yang dipakai sepatutnya mengehadkan pergerakan kaki lelaki itu. Dengan teknik lompatan itu, sedikit salah langkah sekali pun akan mengakibatkan lelaki itu jatuh. Dah lah selamba je pakai selipar!
Lelaki tersebut tidak berseorangan di atas runtuhan bangunan tersebut, malah ada beberapa orang lain sedang mendengar syarahan dari bangunan di seberang jalan. Namun, hanya pemuda itu yang berani untuk melompat turun ke bawah. Terlebih vitamin agaknya.
Video itu dikatakan berlaku di Oman dan tular di Tiktok dengan jumlah melebihi 700 ribu tontonan. Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen terpana melihat lompatan lelaki itu yang dilihat seakan-akan membuat aksi parkour.
Macam-macam nama dan gelaran diberikan kepada pemuda tersebut. Ada yang panggil Spider-Man Arab, ada yang kata dah macam permainan video Assassin’s Creed.
Amazing sangat kan? Korang kat rumah tu jangan pulak cuba-cuba nak melompat sambil pakai jubah, okay?