in

“Terpengaruh dengan video” – [VIDEO] Netizen Seriau Tengok Kanak-kanak Cuba ‘Parkour’, Lompat Bangunan 27 Tingkat

Parkour Ft.jpg

Tengok cara dorang lompat pun nampak tak yakin!

Video dua kanak-kanak lelaki “bermain” di bumbung bangunan 27 tingkat di Hubei, China baru-baru ini tular di media sosial sampai buat ramai netizen seriau.

Dalam video tersebut, dapat dilihat salah seorang dari kanak-kanak ini melompat di antara dua bangunan ini beberapa kali.

Menurut Taiwan English News, dua kanak-kanak lelaki ini dilihat sedang meniru aksi parkour di atas bangunan di Xianning City dan dilaporkan kejadian ini berlaku pada 26 Oktober lalu.

Video ini telah diambil oleh salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran bangunan tersebut sebelum memberitahu pengurus bangunan tersebut dan membawa dua kanak-kanak ini turun dengan selamat.

So good to see children playing outside without their phones ??????????

Posted by Abudi Alsagoff on Wednesday, November 3, 2021

Pengurus bangunan ini mengatakan, kunci di pintu untuk ke bumbung bangunan tersebut telah rosak dan telah pun digantikan selepas insiden ini.

“Laju jantung tengok dorang ni”

Video yang tular ini jelas telah membuatkan ramai netizen kecut perut melihat aksi amatur kanak-kanak ini. Mana taknya, sebelum lompat tu nampak betul teragak-agak!

Screenshot 2021 11 09 At 12.19.20 Pm Down

 

Baca: “Kerja gila!” – Pemuda Gemar Aktiviti ‘Ekstrem’ Panjat Tempat Tinggi Tanpa Kelengkapan Keselamatan

Screenshot 2021 11 09 At 12.30.09 Pm