[VIDEO] Luluh Hati Pelajar Ini Bila Kerja Kursus Seninya Rosak Akibat Banjir

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Luluh Hati Pelajar Ini Bila Kerja Kursus Seninya Rosak Akibat Banjir

Seperti yang semua ketahui, bencana banjir yang berlaku pastinya akan membawa kepada banyak kerosakan dan kerugian. Tak kira lah dari segi perkakas dapur, perabot rumah mahupun sekecil-kecil mainan kanak-kanak.

Segala yang rosak pasti memakan kos yang banyak untuk proses bersihkan, betulkan atau yang lebih teruk, kena beli baru.


Jadi, terdapat satu video yang dikongsikan oleh Mr Lee tentang apa yang dialami seorang pelajar perempuan ini. Hancur luluh hatinya melihat hasil kerja kursus pendidikan seninya rosak akibat banjir yang berlaku.

Melalui perkongsian di laman TikTok ini, pelajar itu terlihat sangat kecewa dan sedih melihat kerosakan hasil titik peluhnya itu.

Dalam video berdurasi 21 saat itu, terlihat ahli keluarga lainnya juga terdiam dan terkedu. Waktu-waktu begitu, jangan lah ada cakap apa-apa yang boleh menambah bara dalam hati. Silap-silap, ada yang mengamuk nanti!

Di ruangan komen pula, ramai yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelajar tersebut. Ada yang menyuruhnya untuk berbincang dan meminta budi bicara gurunya agar dapat memberi jalan penyelesaian atas apa yang berlaku.

Komen Psv 7Sumber: TikTok

Namun, ada juga yang siap offer diri untuk membantunya buat kerja kursus yang baru! Baiknya hati rakyat Malaysia ni…

Komen Psv 8Sumber: TikTok

Walaupun tak pernah ambil pendidikan seni waktu SPM dulu, tapi min faham sangat betapa hancurnya hati bila tengok hasil titik peluh kita musnah. Bawa bersabar ya adik…

Baca: “Patut mak marah kalau hilang”-Ramai Kongsi Kisah Makanan Dalam Tupperware Selamat Dari Banjir

Baca Psv

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Luluh Hati Pelajar Ini Bila Kerja Kursus Seninya Rosak Akibat Banjir
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-luluh-hati-pelajar-ini-bila-kerja-kursus-seninya-rosak-akibat-banjir/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM