in

[Video] Lelaki ‘Mendapat’ Lepas Tunjuk Lagak Buka Mask, Batuk Depan Muka Orang Dalam Lif

Batuk4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, “kerana mulut badan binasa”, ia digunakan kalau orang salah cakap akan ‘mendapat’ sebab celupar sangat.


Tapi, lain sikit dengan insiden yang berlaku di luar negara ini. Rasanya pandemik global ini boleh dikatakan sudah lali dalam kehidupan harian kita, menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka dah dianggap satu perkara biasa dah.

 

Batuk depan muka orang

Tapi dah lebih setahun kita hidup dengan norma baharu ini, rupanya masih ada lagi manusia yang suka mencetuskan kekecohan dan ‘buat main’ dengan virus Covid-19 ini.

Seperti yang kita sedia maklum bahayanya Covid-19 ini ada potensi menjangkiti individu lain sepantas kilat dengan hanya berdiri disebelah mereka yang kita tak tahu sama ada diri mereka dijangkiti atau tidak.

Malah dalam hidup norma baharu ini, sudah semestinya kita akan panik jika terlihat orang batuk di tempat awam kerana ia merupakan salah satu gejala wabak yang mampu membunuh itu.

Agak keterlaluan apabila ada seorang lelaki yang dipercayai datang dari negara barat ini. Dalam video yang dikongsi menerusi TMZ ini, ada satu lift sempit yang boleh menampung seramai 3 orang sahaja ketika musim pandemik ini.

Ketika muatan yang ditetapkan itu dah penuh, ada orang lelaki cuba nak masuk lift tersebut namun begitu hasratnya terbatal apabila melihat orang dah ramai.

Tiba-tiba masa pintu nak tutup dia tahan dan terus masuk. Paling melampau lagi, lelaki tersebut buka mask dan batuk depan muka orang lain dengan sengaja.

Selepas pintu nak terbuka, individu yang kena batuk tu terus serang, lelaki tersebut dengan mengempas kepala lelaki itu di dinding lift. Tengok ni!

Kurang pasti lokasi dan punca kejadian namun begitu tindakan yang dilakukannya ini ternyata tidak bermoral.

Rasanya bukan sahaja masa pandemik, kalau hari biasa pun memang nampak tak ada adab kan?

 

Baca : “Dia pakai gelang pink dan batuk” – Kaunter Balai Polis Sentul Ditutup Lepas Lelaki Ingkar Kuarantin Datang Buat Aduan

Pinnk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.