in

[Video] “Lapar sangat agaknya” – Lucu! Bayi ‘Kokak’ Kepala Itik Buat Netizen Geli Hati

Ft Bayi Final 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut je tentang ‘peel’ si bayi, sudah tentu suka bermain dengan air menjadi aktiviti kegemaran mereka.


Pantang waktu mandi, sudah pasti merekalah yang paling teruja untuk bermain dengan air dalam baldi sehingga menangis tidak mahu keluar.

Ibu bapa juga sudah semestinya terpaksa menurut sahaja keletah nakal si anak kecil ini sehingga ada yang sanggup membelikan kolam renang kecil untuk memudahkan anak mereka bermain air di halaman rumah.

Seperti sebuah klip video yang tular di media sosial baru-baru ini, ibu bapa bayi ini dilihat sedang memberi anaknya bermain air di dalam kolam renang kecil sambil beriadah bersama keluarga di halaman rumah mereka.

 

Kongsi kolam kecil dengan itik

Namun, apa yang menarik perhatian netizen, bayi berkenaan dilihat sedang bermandi-manda di dalam kolam kecil tersebut bersama dengan seekor itik yang berbulu putih sambil dirakam oleh salah seorang ahli keluarganya.

Menerusi video itu, gelagat si bayi dan si itik ini kelihatan comel dan mesra pada awalnya apabila si bayi dilihat bermain dengan mainan kecilnya, manakala si itik pula kelihatan seronok berenang-renang di dalam kolam kecil tersebut.

Feat Bayi 1

 

Kepala itik kena ‘kokak’

Namun, tanpa diduga, aksi mesra ini tidak bertahan lama apabila si kecil yang memakai seluar pendek berwarna hitam itu secara tiba-tiba menarik kepala itik tersebut sebelum ‘dikokaknya’ di dalam mulut!

Feat Kokak

Geram sangat agaknya tu.  

Walau bagaimanapun, ibu bayi berkenaan bertindak pantas untuk meleraikannya dengan menarik anaknya keluar daripada kolam tersebut. Mereka juga dilihat tidak dapat menahan tawa sambil melarang si bayi daripada melakukan perbuatan itu.

Baby

Apa yang lebih melucukan, si itik juga kelihatan ‘selamba’ sahaja dengan insiden itu. Ia juga dilihat tidak lari setelah diperlakukan sebegitu, malah terus berenang-renang di dalam kolam tanpa mempedulikan si bayi.

Rakaman video yang dimuat naik ke laman Instagram @babeis.funny ini berjaya meraih perhatian netizen yang berasa terhibur dan geli hati dengan gelagat bayi berkenaan.

 

“Itik tu hampir jadi snek” – Netizen

Ig Baby 1

Ig Baby 2

Ig Baby 3

Baca: “Dah Macam Pennywise” – Gara-gara Hair Removal Cream, Bayi 18 Bulan Botak Rambut Depan Baca Baby 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.