in

[Video] Kreatif! Disekat Kerana Langgar Peraturan, Fortnite Kembali Dengan Video ‘Menganjing’ Apple

Gambar Hiasan 2 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fortnite merupakan salah satu permainan video yang sangat hangat diperkatakan. Terkenal dengan cara permainan yang unik, video permainan tersebut turut di pelbagaikan variasi dari sebesar komputer, hinggalah sekecil telefon pintar.


Namun baru-baru ini, Fortnite dikatakan telah dibuang daripada sistem App Store dan Google Play Store apabila kemas kini terbaru dari Fornite menawarkan pilihan buat para gamer mendapatkan barangan atau kelengkapan dalam game dengan harga yang lebih rendah di Epic Games berbanding mendapatkannya melalui sistem Apple atau Android

Apa yang menjadi isu adalah dengan cara pembelian di dalam game ini secara tidak langsung membuatkan Apple tidak memperoleh keuntungan. Difahamkan telah memberi amaran kepada Epic Games namun syarikat ini masih degil untuk meneruskannya.

113937714 Gogole

Menurut BBC, apa yang dibuat oleh Epic Games adalah bertujuan bagi membolehkan para gamer mendapatkan kelengkapan yang diingini kerana Apple terlalu ‘zalim’ dalam mengenakan caj komisen sehingga 30% untuk setiap pembelian.

Selepas sekatan yang dikenakan, Epic Games telah memuat naik sebuah video dengan menghasilkan parodi kepada iklan Apple pada tahun 1984.

Di dalam video berdurasi 48 saat itu, Epic Games turut sempat menyelitkan #FreeFortnite di dalam video tersebut bagi menyatakan bahawa perbuatan mereka tidak salah.

Video asal daripada pihak Apple adalah bertujuan bagi mempromosikan ‘Macintosh’ yang pertama daripada Apple. Menurut sumber, pada ketika itu, IBM mendominasi pasaran komputer pada era itu dan Apple mahu memberikan persaingan untuk IBM supaya mereka tidak mengaut keuntungan yang melampau.

Oleh kerana itulah Fortnite menghasilkan kembali video parodi yang berkonsepkan ‘tujuan’ Apple ketika itu. Kerana bagi Epic Games, Apple sangat ‘mencekik darah’ pengguna dan tindakan Epic Games ini disokong kuat oleh para streamer dan gamer yang turut merasakan perkara yang sama.

 

Baca: WOW! Online Game Hyper Scape Dari Perancis Cipta Karakter Wanita Bertudung, Bagi Nama Noor Azimah Berasal Dari Pahang

1 10 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.