in

[VIDEO] Kakitangan DBKL Keluarkan Teddy Bear Besar Dari Longkang ‘Hotspot’ Banjir Di KL

Ft Teddy Bear Tersumbat Dalam Longkang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali hujan turun je ramai orang trauma jadi banjir kilat. Pokoknya, tadi pun banjir menimpa lagi di segelintir tempat di ibu kota.



Bayangkan kalau perkara yang terjadi semalam berlaku hari ini, pasti keadaan jadi bertambah parah dimana ada satu perkongsian daripada Facebook DBKL semalam memperlihatkan kakitangan mereka sedang mengatasi masalah di perparitan kita daripada berlakunya banjir.

Dalam video yang berdurasi 8 saat itu, dilihat mereka mengeluarkan satu teddy bear besar daripada satu longkang di Bulatan Merdeka, Kuala Lumpur dimana tempat tersebut merupakan hotspot yang akan berlakunya banjir kalau hujan lebat.

Fikir-fikirkan sendiriKenapa perlu buang di dalam longkang jika tidak diperlukan lagi…tong sampahkan ada…Bila longkang tersumbat…banjir kilat berlaku…ramai yang sengsara…mungkin kerugian harta benda lagi…jangan salahkan pihak berkuasa tak buat kerja pulak nanti…Lokasi: longkang di Bulatan Merdeka.#klbandarku#klbandaruntuksemua#kl50

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Tuesday, May 24, 2022

“Kenapa perlu buang di dalam longkang jika tidak diperlukan lagi…tong sampahkan ada…”

Jelasnya lagi, tindakan ini adalah penyumbang utama berlakunya banjir tersebut  dan mereka meminta agar berhenti menyalahkan pihak berkuasa tak buat kerja.

“Ramai yang sengsara…mungkin kerugian harta benda lagi…jangan salahkan pihak berkuasa tak buat kerja pulak nanti.”

Malah, melihat keadaan teddy bear tersebut, ia seperti dah lama sebab dah kotor dan basah kuyup, Dengan kecekapan mereka dalam mengambil langkah persediaan awal, ramai netizen memuji mereka.

Dbkl Dbkl2 Dbkl3

Malah, ramai yang mengecam dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang bersikap tidak bertamadun ini dan meminta agar lebih bertanggungjawab.

Hurm, rasanya ini lah waktu paling sesuai untuk kita latih menjaga kebersihan.

Baca : “Memang gone” – Banjir Kilat Teruk Di Sekitar Janda Baik Sampai Jejas Jalan Lama Menghala Ke Kuala Lumpur

Page Jandabaik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.