Rasanya cara paling mudah orang Barat nak tambat hati orang Asia adalah dengan bercakap bahasa mereka. Setuju tak? Sebab itu selalu kita tengok video orang Western tak kira lelaki atau perempuan yang cakap bahasa Melayu selalu viral.
Baru-baru, ramai netizen Malaysia dan melayu Singapura teruja dan suka bila tengok pelakon Hollywood, Grant Gustin bercakap bahasa Melayu.
https://www.instagram.com/p/Bs8c6VrneAy/
Grant atau lebih dikenali sebagai The Flash merupakan seorang suami kepada seorang wanita yang berasal dari Sabah, Andrea Thoma pada 15 Disember 2018.
https://www.instagram.com/p/BrnoS9WhR-U/?utm_source=ig_embed
Andrea telah muat naik satu video di Instagram dan menurutnya ia adalah salah satu video koleksinya yang menjadi kegemaran.
Salah satu video kegemaran saya – cuba mengajar G untuk bercakap ‘”don’t mess with me” dalam bahasa Melayu. Ia (Video ini) selalu buat saya tersenyum.”
Dalam video tu, Andrea dan suaminya sedang duduk dan dia terus menerus mengusik Grant yang kemudian tersengih sambil bercakap,
Jangan kacau.”
Andrea kemudian didengar cuba mengajar Grant dengan menyebut perkataan itu mengikut sukut kata. Tapi lepas tu Grant tersengih-sengih dan terus je cakap jangan kacau dia.
https://www.instagram.com/p/B7UCaKVhrsN/?utm_source=ig_embed
Ramai netizen yang happy dan suka tengok video tu sebab menurut mereka it’s so adorable bila tengok dorang bergurau macam tu.
Andrea berdarah separuh Kadazan telah dilahirkan dan membesar di Ohio tapi keluarganya tetap pulang ke Borneo beberapa tahun sekali supaya mereka tak lupa sejarah serta asal usul.
https://www.instagram.com/p/B0MF78XFbXN/
Malah, Grant sendiri turut diajar dan didedahkan dengan tradisi masyarakat Kadazan. Sebelum ini Grant juga pernah mendapat perhatian selepas bercakap dalam bahasa Melayu ketika dalam satu majlis.