in

“Udoh takde slang mat salehnya” – Duduk Terlalu Lama Di Singapura, Mat Saleh Ni Cakap English Macam Orang Singapore!

Mat Saleh Cakap English

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita dengar bila orang Melayu terlampau lama sangat duduk di luar negara, nanti bila mereka balik ke Malaysia mulalah keluar slang ‘mat saleh’ dorang tu. Haa sampai tak ada bunyi Bahasa Malaysia dah!


Tapi lain pulak dengan situasi seorang mat saleh ni, bila dia duduk terlalu lama di Singapura, dia pulak yang cakap macam orang sana! Nah tengok video yang viral kat Twitter ni.

Fuh macam orang Chinese cakap English dah min dengar ni. Powerrr! 

 

Tinggal di Singapura 9 tahun, ramai yang ‘terkesima’ dengar Bahasa Inggeris Tyler

Menerusi video tersebut, Tyler Creasman yang berusia 16 tahun ni katanya dah tinggal di Singapura hampir 9 tahun dah. Sebelum ni dia tinggal di China selama 2 tahun dan 5 tahun pula di US.

So bila dia tiba-tiba berbahasa Inggeris dengan slanga Singapura (Singlish), ramai orang kat sana terkejut siap cakap dia ni ‘angmoh’ power! ‘Angmoh’ bermaksud mat saleh bagi orang Cina.

Lebih menarik, Tyler boleh bercakap dalam bahasa Mandarin dan siap order makanan kat kedai tepi jalan guna bahasa Mandarin wehhh! Nah tengok video penuh kat bawah.

 

“Dia ni macam Chinese tapi rambut blonde” 

Rata-rata netizen memang kagum gilalah dengan kehebatan mat saleh ni cakap slanga ‘Singlish’. Malah ramai juga yang tak terkejut dengan situasi tu sebab kita di Malaysia ada Mat Dan dan Rhys Williams. Dua-dua tu pun pandai speaking Melayu tau!

Loghat
sumber: twitter

Macam tak caya pulak bila tengok mat saleh cakap English macam ni. Macam sembang-sembang dengan kawan chinese je min rasa! 

Baca: “Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul” – Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap ‘English’ Tak Betul

Cakap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.