Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok memaparkan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sedang mengajar seorang gadis ‘cilik’ membaca doa Afiyah.
PMX ajar baca doa Afiyah
@stevensimck Semoga Adik Farzana cepat sembuh ? #jalanteruih #stevensim #pmx #tiktokmalaysia #bukitmertajam #fypシ
Pada masa artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat lebih 400K tontonan dan meraih 33K tanda suka dalam masa dua hari.
Melalui video tersebut, kelihatan PMX sedang mengajar kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Farzana itu untuk membaca doa Afiyah.
” Allahumma inni as aluka al-‘afiyah. Ya Allah, kurniakan aku kesihatan, maknanya sihat badan, sihat fikir dan sihat jiwa.”
Apa yang menyentuh perasaan warganet adalah PMX telah berjaya menunaikan impian adik Farzana yang mahu berjumpa dengannya.
Difahamkan, adik Farzana itu menghidap penyakit vasculopathy cirrhosis occlusive iaitu satu penyakit yang akan menyerang organ hati seseorang dan ada kalanya ia memerlukan pembedahan.
“Semoga adik cepat sembuh dan dipermudahkan urusan” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat layanan yang diberikan oleh PMX terhadap adik Farzana dan mereka terharu melihat doa yang diajar oleh DSAI agar diberikan kesembuhan sebelum adik Farzana melakukan pembedahan.
Memang terbaik la PMX ni!
Baca : “Penuh istiadat” – PM Disambut Meriah Oleh Presiden Jokowi Semasa Sesi Lawatan Ke Indonesia