in

“Papa tak marah dah” – Murid Viral Dimarah Guru Sebab Bersolek Akhirnya Bersemuka Dengan Guru

Adik Ammara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai luahan seorang bapa apabila anaknya dimarahi oleh guru disebabkan bersolek bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah.


Kejadian itu telah membuatkan orang ramai berasa marah dengan tindakan guru terbabit kerana didakwa telah menyebabkan murid terbabit trauma.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang memandang berat mengenai isu sahsiah dan adab dalam kalangan murid-murid dan guru.

Artikel berkaitan: Isu Murid Dimarah Sebab Pakai Makeup, Kes Dah Selesai Cara Baik Dengan Ibu Bapa & Sekolah – KPM

Difahamkan, isu itu telah diselesaikan dengan cara baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, bapanya memaklumkan mereka telah pun bersemuka dengan guru terbabit.

@ammarakeyshaofficial

Alhamdulillah.. segalanya telah diselesaikan.. semuanya dah bersemuka..kita doakan yang baik2 #kanakkanakviral #ammaraviral #Ammara #backtoschool #fyp #fypシ゚viral #kisahammara #bajuammaraviral #ammaratiktok #ammarakenamarahdengancikgu

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Ammara nak belikan cikgu hadiah coklat”

Sebelum pertemuan itu, anaknya yang bernama Ammara bersungguh-sungguh mahu membelikan hadiah coklat kepada guru terbabit.

“Sampai sahaja di dalam bilik guru, Ammara terus bersalaman dan memeluk erat cikgu… gugur air mata papa dan ibu.

“34 tahun guru tersebut dah mengajar murid-murid, ramai dah berjaya. Hanya dengan sekelumit kekhilafan guru baru-baru ini, segala jasanya-jasanya terus terbenam,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan nasihat kepada anaknya agar sentiasa memaafkan orang lain kerana manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut bersyukur perselisihan faham itu dapat diselesaikan dengan cara baik.

Screenshot 2023 09 05 162916

Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Admin doakan adik Ammara berjaya dan terus maju pada masa hadapan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.