in

[Video] Gila! Cashier Ditembak Tepat Ke Muka Oleh Bekas Kekasih Yang Pura-pura Jadi Perompak?

Collage 32

Baru-baru ni, seorang wanita berusia 23 tahun terselamat walaupun ditembak tepat di muka oleh seorang perompak di Brazil.

Menurut Daily Mail, CCTV dalam kedai pakaian tersebut sempat merakamkan detik ngeri ketika lelaki ini melepaskan satu tembakan di muka Renata Ranyelle Almeida, Sabtu lalu.

Dikatakan, selepas lelaki ni masuk ke dalam kedai tersebut, dia mengarah tiga pelanggan yang sedang mencuba baju untuk berkumpul di kawasan berdekatan dengan kaunter pembayaran.

Tanpa membuang masa, perompak ini kemudiannya menolak Almeida ke belakang kaunter dan menyuruh wanita ini mengeluarkan duit dari mesin wang.

21551490 7732777 Image M 33 1574892773826
Sumber: daily mail

Renata dengan tenang mengeluarkan bekas duit dan meletakkannya di atas kaunter sebelum perompak itu tiba-tiba menembak muka Renalta menggunakan pistol yang dipegangnya.

Apa yang menghairankan, perompak ni tak lari keluar dari kedai dan ambil duit-duit di atas kaunter malah dia kosongkan pistolnya dulu baru dia lari keluar, naik motosikal dan berlalu pergi dari tempat kejadian.

21551476 7732777 Image M 49 1574893017701
Sumber: daily mail

Renata kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Walaupun dia masih hidup, keadaannya masih belum stabil dan sedang bertarung nyawa.

Macam yang korang boleh tengok dalam video dekat bawah ni, kerana Renata tak membuat apa-apa tindakan drastik yang membolehkan perompak itu menembaknya, keluarga wanita malang ini telah mengesyaki bekas teman lelakinya merupakan orang disebalik lelaki bertopeng itu.

https://www.youtube.com/watch?v=HWlxYLdHzNA&has_verified=1

Pihak polis mengesahkan yang mereka sudah pun soal siasat bekas teman lelaki Renata yang menafikan penglibatannya.

Wanita ni tak buat apa-apa tindakan drastik, tapi dia tetap kena tembak. Sebab tu keluarganya fikir lelaki itu telah pergi ke sana dengan niat untuk membunuh mangsa.”

Pelik kenapa perompak tu tiba-tiba je nak tembak lepastu duit pun tak ambik.

 

Baca: “Yang lagi sorang tu tahu pun takut” – Wanita Hamil 8 Bulan Tembak Mati Lelaki Yang Rompak Rumahnya

Screenshot 2019 11 29 At 12.32.17 Pm