in

Video Gajah ‘Tersangkut’ Di Pagar Ketika Cuba Lari Lepas Kantoi Menceroboh Undang Rasa Gusar Netizen

Gajah 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelagat seekor gajah dewasa yang cuba melarikan diri selepas kantoi menceroboh sebuah kawasan pertanian mencuri perhatian pengguna media sosial.


DailyMail melaporkan, insiden terbabit berjaya dirakam lensa kamera di Nagarhole National Park, Karnataka di barat daya India pada 16 November lalu.

Gajah 2 E1637463351368

Video terbabit menunjukkan gajah berkenaan pada mulanya cuba mengimbangi badannya dengan meletakkan sebelah kaki di atas pagar besi.

Gajah E1637463198471

Ketika haiwan terbabit meletakkan kedua-dua kaki hadapannya melepasi pagar, kaki belakangnya pula tersangkut mengakibatkan gajah itu bergelut beberapa ketika bagi melepaskan diri daripada penghadang terbabit.

Setakat artikel ini ditulis, klip yang dikongsikan ke Twitter itu sudah meraih 307.3 ribu tontonan dan menerima pelbagai komentar daripada pengguna laman sosial. Ada yang terhibur dengan gelagat haiwan yang seolah-olah panik selepas tertangkap menceroboh kawasan.

Gajah 1 E1637463276743

Pun begitu, ada juga netizen yang berkata pagar terbabit sepatutnya dialihkan untuk mengelakkan insiden seperti itu berlaku lagi kepada haiwan liar.

Komentar netizen yang mengatakan pagar terbabit sepatutnya dialihkan atau dirobohkan susulan daripada beberapa kes kematian gajah-gajah liar yang kehilangan nyawa mereka akibat tersangkut di pagar seperti ini ketika cuba meloloskan diri.

Pun begitu, gajah yang dirakam dalam video berkenaan dilaporkan selamat dan sudah pulang semula ke hutan.

Sumber: DailyMail

Baca: “Dia ingat orang tak nampak” – Lucu! Anak Gajah Cuba Menyorok Belakang Tiang Elektrik Lepas Kantoi Curi Makan Tebu

Feat3 7 E1637460828155

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.