[VIDEO] Wanita Ini ‘Share’ Fungsi Tab Tarik Dalam Botol Minyak Yang Ramai Selalu Buang

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Wanita Ini ‘Share’ Fungsi Tab Tarik Dalam Botol Minyak Yang Ramai Selalu Buang

Sejak kebelakangan ni bila buka TikTok mesti ada je ‘lifehack’ atau tips-tips berguna yang dikongsi oleh TikTokers untuk memudahkan urusan kita. Ada yang ‘share’ tentang manfaat kulit bawang, cara pisah kuning telur guna botol, cara buang biji avokado dengan mudah dan macam-macam lagilah.

Kebiasaannya kalau korang beli minyak masak, mesti korang akan buka penutup, tanggalkan tab minyak dan terus buang dalam tong sampah. Tapi malangnya, kalau waktu nak masak dan minyak dari botol tak dituang dengan baik, mesti akan terpercik atau terlajak bubuh dalam kuantiti banyak.


Sebenarnya, tab minyak ni ada fungsinya juga yang ramai tak tahu. Menerusi perkongsian TikTok oleh seorang wanita @senz.malaysia ini, dia memuatnaik satu video menunjukkan cara untuk gunakan tab tarik dengan terbalikkan tab tersebut dan sumbat balik ke dalam botol minyak.

Wanita yang turut dikenali sebagai Datin Katherine ini juga menunjukkan yang apabila tab tersebut disumbatkan dalam botol minyak, aliran minyak keluar ke kuali akan lebih lancar serta kita akan dapat kawal banyak mana minyak yang perlu dituang. Berguna juga ya ‘hack’ ni!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rupanya baru tahu tentang fungsi tab tarik ini. Ada juga netizen yang berterima kasih kerana sebab tips ini, dorang boleh jimatkan lagi penggunaan minyak.

“30tahun baru tahu?” – Komen netizen

“Sy baru tahu ? terima kasih ya kongsi ilmu????” – Komen netizen

Komen MinyakSumber: TikTok

Korang pernah try hack ni tak? Menjadi ke atau tab minyak tu akan terjatuh dalam kuali?

Baca: “Lelaki Ini Kongsi 4 ‘Lifehack’ Hampas Kopi Yang Korang Boleh Try!”

Kopi

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izzah Iyazi
Lagi tulisan Izzah
Pelajar tahun akhir komunikasi dan pengajian media (perhubungan awam) dari UiTM Shah Alam, berumur 23 tahun dan berminat dalam bidang penulisan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Wanita Ini ‘Share’ Fungsi Tab Tarik Dalam Botol Minyak Yang Ramai Selalu Buang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-gadis-ini-share-fungsi-tab-tarik-dalam-botol-minyak-yang-ramai-selalu-buang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM