in

Lelaki Ini Kongsi 4 ‘Lifehack’ Hampas Kopi Yang Korang Boleh Try!

Fi Kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para penggemar kopi semua, lepas korang dah minum kopi selalunya hampas kopi tu mesti korang buang kan?


Nak tahu tak sebenarnya ada kegunaan lain hampas kopi tu lepas air kopinya dah diminum. Daripada dibuang, korang boleh cuba ‘lifehack’ hampas kopi yang dikongsikan oleh pemuda ini.

Melalui laman Twitter peribadinya, Hanif yang merupakan seorang pemilik kafe Putéh ada berkongsikan satu thread berkaitan ‘lifehack’ hampas kopi yang boleh dicuba di rumah selain daripada membuang sahaja hampas tersebut selepas digunakan untuk membancuh kopi.

Jadi, jom kita tengok apa 4 ‘lifehack’ hampas kopi yang dikongsikan!

Baja pokok

Kopi 1

Menurut Hanif, hampas kopi mempunyai nutrisi seperti kalsium, nitrogen, magnesium dan kromium. Kesemua nutrisi tersebut sangatlah sesuai untuk tanaman pokok. Taburkan sahaja hampas kopi ke atas tanah berdekatan pokok. Tetapi, jangan terlalu banyak kerana sifat kopi adalah berasid. Jadi, gunakan kulit telur sebagai alat neutral.

Bilik/Ruang dalam rumah berbau

Kopi 2

Walaupun rumah sudah kelihatan bersih, tetapi kadang-kadang masih juga ada bau yang buat hidung kita tidak selesa. Jadi, caranya sangat mudah! Ambil sahaja hampas kopi yang sudah dikeringkan, letak dalam bekas yang terbuka dan letakkan diruang tengah bilik. Pasti bau yang tak selesa tadi akan berkurangan!

Singki bau busuk

Pexels Kaboompics Com 6256

Kebiasaannya, ada bau yang kurang sedap datang melalui singki dapur selepas cuci pinggan mangkuk kan? Jangan risau, taburkan sahaja hampas kopi di atas permukaan singki dan table top. Kemudian gunakan kain lembab dan gosok dengan perlahan. Untuk bahagian dalam singki pula gunakan berus dan bilas semula dengan kain lembab yang bersih.

Peti sejuk berbau

Kopi 4 1

 

Peti sejuk juga merupakan salah satu bahagian di ruangan dapur yang berpotensi mengeluarkan bau tak sedap. Ia berkemungkinan disebabkan oleh bakteria banyak dan makanan lama yang terbiar di dalamnya. Caranya mudah, budang semua makanan yang sudah tamat tempoh, bersihkan peti sejuk dan letak hampas kopi dalam bekas terbuka kemudian letakkan ia di dalam peti sejuk.

Mudah kan? Sebenarnya banyak je lagi ‘lifehack’ hampas kopi yang kita boleh gunakan. Yang penting ia sangatlah efektif! Boleh try!

Baca: 20% Kurang Risiko Kena Nyanyuk Dan Strok, Kajian Ini Bukti Kebaikan Minum Kopi, Teh

Fi Nyanyuk 1 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.