[VIDEO] Boleh Rentas Negeri, Anak-Anak ‘Sporting’ Hantar Abah ‘Honeymoon’ Rumah Isteri Muda

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Boleh Rentas Negeri, Anak-Anak ‘Sporting’ Hantar Abah ‘Honeymoon’ Rumah Isteri Muda

Sebaik saja aktiviti merentas negeri dibenarkan 11 Oktober lepas, pastinya ramai antara kita sendiri yang berkobar-kobar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa semula dengan ahli keluarga yang terpisah.

Biasanya kita dengar tentang cerita anak-anak yang terpisah dari ibu bapa di kampung, video yang dikongsi melalui pengguna Tiktok bernama @ina.azalea ini sedikit berbeza kerana mereka menghantar bapa mereka ke rumah isteri muda.


Menariknya, mereka seperti tak kisah dan bersikap terbuka untuk menghantar bapa mereka pergi ke rumah ibu tiri.

Bukan itu saja, warga emas itu juga turut diberikan duit belanja dan bekalan makanan dari isteri pertamanya, yang juga merupakan ibu kepada pengguna Tiktok tersebut.

Pun begitu, ada yang beranggapan video tersebut mengaibkan bapa mereka sendiri, tetapi hal itu dinafikan oleh pengguna Tiktok tersebut, menyatakan bahawa mereka sekeluarga memang rapat dan suka bergurau.

Walaupun ada segelintir komen kurang senang terhadap video tersebut, namun majoriti daripada netizen memberikan  respon yang positif melihat gelagat anak beranak itu. Reaksi bapa mereka yang malu-malu ketika diusik itu turut mencuit hati mereka yang menonton.

Z Y X W V U

Selalu sangat kita dengar cerita-cerita negatif tentang hidup berpoligami? Asalkan tahu tanggungjawab masing-masing, siapalah kita untuk menilai, kan?

BACA: Baru Seminggu Kahwin, Wanita Dah Dapat Madu – Rupanya Suami Penuhi Hasrat Datuk Dan Nenek

Ss

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Boleh Rentas Negeri, Anak-Anak ‘Sporting’ Hantar Abah ‘Honeymoon’ Rumah Isteri Muda
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-boleh-rentas-negeri-anak-anak-sporting-hantar-abah-honeymoon-rumah-isteri-muda/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM