in

[VIDEO] Badan TikTokers Terkenal Teruk Naik Ruam & Gatal, Rupanya Sebab ‘Diserang’ Rama-Rama?

Badan Tiktokers Terkenal Teruk Naik Ruam Gatal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang terkena ruam dan gatal yang teruk akibat digigit binatang? Selalunya perkara ni terjadi kalau kita pergi melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, perkhemahan, meneroka gua dan sebagainya. Sekali gigit, boleh sampai masuk hospital tau!


Sengatan binatang berbisa seperti kala jengking, lipan, lebah dan ular memang kita dah sedia maklum sangat berbisa dan boleh membawa maut. Namun, korang pernah terfikir tak serangga comel seperti rama-rama boleh juga beri kemudaratan pada kita?

Baru-baru ini, seorang TikTokers yang memang terkenal dengan content berkongsi tentang jenis-jenis haiwan dan tumbuhan, @p.sharon.j ada memuatnaik satu video menunjukkan tentang dirinya yang dikatakan diserang rama-rama. Biar betul!

@p.sharon.j

?

♬ original sound – Karabaw Monster – Karabaw Monster

Menerusi video yang telah mendapat lebih daripada 2 juta views ini, gadis ini berkata yang dia bangun tengah malam gara-gara mengesan banyak ruam dan gatal-gatal yang naik di kaki, peha dan tangannya. Dia juga terpaksa mandi sekali lagi untuk meredakan ruam tersebut.

Menurutnya lagi, selepas 30 minit, gatal yang muncul seperti bintik kemerahan itu ternyata makin teruk menyebabkannya sukar untuk tidur. Selain itu, gadis yang juga merupakan renjer hutan ini harus menukar lapis tilam dan selimut miliknya.

Kata gadis itu lagi, rama-rama tersebut sangat kecil bentuknya tapi bulu pada serangga tersebut menimbulkan ruam yang sangat teruk. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar gadis ini cepat sembuh.

“Speedy recovery dear. Take care” – Komen netizen

“Pernah kena juga saya ni x tahu apa punca” – Komen netizen

Komen Rama

Ada juga netizen pernah mengalami perkara yang sama serta berkongsi tips untuk kurangkan ruam tersebut.

Rupanya ada juga ya rama-rama yang berbisa ni!

Baca: “Hebat penyamaran”- Jangan Tertipu, ‘3 Ekor Ular’ Ini Sebenarnya Hanyalah Seekor Rama-rama

Bawah 5

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.