in

“Hebat penyamaran”- Jangan Tertipu, ‘3 Ekor Ular’ Ini Sebenarnya Hanyalah Seekor Rama-rama

F1 Rama Rama Snek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Serangga seperti kupu-kupu dan rama-rama sememangnya terkenal dengan kecantikan sayap mereka yang mempunyai pelbagai warna. Namun, tahukah anda, sayap rama-rama selalunya berwarna coklat atau kelabu untuk mempertahankan diri mereka daripada haiwan pemangsa.


Baru-baru ini, viral di media sosial beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Rob Allam. Gambar tersebut dilihat seperti ada tiga ekor ular namun sebenarnya tiga ekor ular itu hanyalah seekor rama-rama yang sedang menyamar!

Menurut Daily Star, rama-rama jenis Attacus Atlas itu merupakan antara spesies lepidoptera yang terbesar dan jangka hayat serangga ini hanyalah dalam masa dua minggu.

Selalunya, dalam tempoh tersebut, mereka akan bertelur dan menjaga telur mereka daripada haiwan pemangsa. Uniknya, mereka mempertahankan telur mereka itu dengan menyamar menjadi ular.

Rama Rama 2

Saiznya pula agak besar, lebih kurang sebesar tangan manusia. Difahamkan, rama-rama jenis ini lazimnya ditemui di kawasan Asia.

Rama Rama 3

Rata-rata netizen juga terpegun dengan kehebatan penyamaran haiwan ini. Kalau tak diperhatikan betul-betul, memang kebanyakan orang akan ingat tu adalah tiga ekor ular di atas pokok.

Ada yang kata kat Malaysia ada rama-rama jenis ni tau. 

Sumber: Daily Star, Twitter @thegallowboob 

Baca: “Kalau nak beli online ada jual tak?”- [VIDEO] Netizen Teruja Tengok Ayam Masuk Rumah ‘Kejutkan’ Pemilik

Rama Rama 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.