in

[VIDEO] Alami Masalah Pendengaran, Nenek Dua Beradik Ini Sembang Guna Stethoscope!

Fi Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang balik kampung, apa yang korang paling rindu sekali? Kalau tanya min, min paling rindu opah dengan tok min. Rindu tengok habit diorang…membebel…melatah…dan yang paling best, habit bagi duit senyap-senyap dekat cucu. Hehehe



Selain daripada habit bagi duit senyap-senyap, sebenarnya nenek-nenek ni kan, diorang buat apa pun comel tau. Lagi-lagi bila dah lama tak jumpa. Memang terbayang je keletah comel diorang tu.

Macam satu perkongsian di laman TikTok semalam oleh pemilik akaun @Iaysyah, sepasang beradik warga emas ini terlihat sangat comel menggunakan stethoscope untuk bersembang dengan sesama diorang!

@laysyah.2

pertemuan adik kakak masaalah pendengaran Stethoscope 🩺 sangat membantu..

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Menurut kapsyen video itu, ia merupakan pertemuan adik kakak yang mempunyai masalah pendengaran. Jadi, oleh sebab susah nak berkomunikasi dalam suasana riuh di majlis perkahwinan, mereka gunalah stethoscope yang doktor guna buat medical check-up nak check jantung tu untuk bersembang. Comel betul!

Video berdurasi hanya 25 saat itu telah berjaya mendapat 951.6 ribu jumlah tontonan dan 119.2 ribu likes! Di ruangan komen pula, ramai yang cair dengan gelagat dua nenek comel ini bersembang menggunakan stethoscope itu.

Komen Nenek 7

Ada juga yang memuji sifat kreatif mereka, dan ada juga yang mendoakan agar kesihatan mereka berdua sentiasa dalam keadaan yang baik dan diberikan umur yang panjang.

Komen Nenek 3

Selain itu, keletah mereka itu telah membuat ramai yang merindui nenek mereka di kampung halaman. Kalau dah tengok video macam ni, min pun rindu opah min juga..

Baca: Lain terus muka – Lihat Transformasi Wajah Nenek Ini Lepas Disolek MUA, Auto Muda!

Baca Nenek

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.