in

“Ustazah b*bi, bodoh!” – Lelaki Dedah Macam Mana Cikgu-cikgu Di Malaysia Kena ‘Dera’ Dengan Murid

Collage 4

Menjadi seorang guru ni memang mencabar, lagi-lagi kalau nak kena ajar remaja-remaja masa tengah phase memberontak ni.

Deal dengan pelajar yang kurang ajar memang satu kebiasaan bagi seorang guru, tapi korang sedar tak hakikatnya ada pelajar-pelajar yang sanggup buat jenayah semata-mata nak “kenakan” cikgu dorang sendiri?

Baru-baru ini, seorang netizen Mohd Fadli Salleh telah kumpulkan beberapa kompilasi gambar yang dihantar kepadanya dari cikgu-cikgu di seluruh Malaysia dan kongsikan di Facebook.

1. Kereta dicalar

Teacher4
Sumber: facebook

Menurut Fadli, gambar ini dihantar oleh seorang guru perempuan. Lebih mengejutkan, perlakuan ini dilakukan oleh budak sekolah rendah tau. Ish kecik-kecik dah pandai mencarut macam ni.

2. Kereta disimbah cat hitam

Teacher5
Sumber: facebook

Zaman sekolah dulu, cikgu yang paling tak menjadi kegemaran pelajar dah tentulah cikgu disiplin. Tapi, kalau ya pun, kita tak adalah sampai nak bertindak keterlaluan sampai macam ni.

Keretanya disimbah cat hitam. Angkara amarah dan dendam anak-anak remaja kita.”

3. “Surat cinta”

Teacher1
Sumber: facebook

Cikgu mana yang tak marah kalau dia tengah mengajar dekat depan tapi murid pergi buat benda lain kan? Tapi, disebabkan dia tegur pelajarnya, ustazah yang juga guru praktikal telah diberikan surat makian dari pelajar tingkatan 2. Biadapnyaaa

4. Jari tengah

Teacher3
Sumber: facebook

Gambar keempat ini pula menunjukkan dua remaja mengangkat jari tengah pada guru kelasnya lepas diberitahu jangan tidur di atas meja.

Budak-budak bermasalah ni kita layankan saja karenah diorg asalkan diorg tak cederakan kita sudahlah.”

5. Baling batu

Teacher2
Sumber: facebook

Dalam banyak-banyak, mungkin ini yang paling teruk kot. Dikatakan, batu dalam gambar ni digunakan untuk memukul kepala cikgu semasa gurunya sedang solat hanya sebab nak curi dompet. Lebih teruk lagi, cikgu ni sampai terima 7 jahitan.

Fadli mengatakan yang kebanyakan cikgu-cikgu ini kesian nak buat laporan polis dan terpaksa redha diperlakukan sebegini.

Tapi guru, selamanya begitu. Marah memang marah. Kecewa memang kecewa, tapi untuk mendakwa pelajar sendiri, sangat payah.”

Fadli juga meminta ibu bapa untuk turut sama bekerjasama mendidik anak dan bantu mereka dengan nasihat kerana tugas membentuk masyarakat bermula dari rumah.

Hm, kita memang tahu tugas guru memang mencabar tapi tak expect sampai membahayakan macam ni.

 

Baca: “Melampau gila!” – [Video] Pelajar Tikam Cikgu Sampai Mati Sebab Tak Puas Hati Kantoi Hisap Rokok

Rokok