in

“Untung di Malaysia gak gitu” – Penangan BTS Meal, McDonald’s Indonesia Sesak Dengan Penghantar Makanan!

Ribut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak lama dulu, hidangan BTS Meal dari McDonald’s Malaysia pernah menjadi sensasi selepas ramai di kalangan ‘army’ kumpulan kpop tersebut berebut mendapatkan hidangan itu.



Punyalah famous hidangan BTS ni sampaikan ada peminat sanggup bingkaikan bekas makanan dan ada pula jual bekas makanan di platform e-dagang dengan harga yang tak dijangka-jangka.

011328500 1622463727 193656076 2852158331662892 976003068483837249 N

Apa-apapun demam BTS Meal ini nampaknya semakin beransur di Malaysia dan ‘panas’ pula di Indonesia selepas McDonald’s negara seberang tersebut dengarnya heboh dikerumuni penghantar makanan. Uish! 

Menerusi perkongsian satu video TikTok dari @amroscantik, ia memaparkan situasi restoran makanan segera tersebut yang kecoh dengan ramai penghantar makanan.

Kesemua penghantar makanan ini berkumpul demi mendapatkan BTS Meal yang dipesan pengguna. Gilalah punya ramai! 

@amroscantik

Ga tega 🥺 #btsmealmcdonalds

♬ Kehilangan[Instrumental] – Heart

 

“Ramai yang nak beli BTS meal. Kat Malaysia still boleh kawal lagi” 

Rata-rata netizen tak kiralah dari Malaysia atau Indonesia sendiri memang terkejut melihat situasi di restoran makanan segera tersebut yang dibanjiri penghantar makanan.

Ada yang bersimpati dengan nasib penghantar makanan tersebut dan ada pula yang takut dengan bahaya COVID 19 apabila melihat keadaan yang memang tak ada langsung penjarakan sosial tu.

Malah ada juga netizen yang membandingkan situasi di Malaysia, yang mana tak ada pula kekecohan sebegini berlaku.

Rame

 

Terpaksa tutup sistem penghantaran makanan sebab terlalu ramai 

Disebabkan situasi makin tidak terkawal, beberapa restoran makanan segera tersebut katanya terpaksa menutup sistem penghantaran makanan mereka, lapor Liputan 6.

Malah rata-rata pembeli di media sosial juga merungut mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan hidangan BTS Meal tersebut.

C1 2129563

Untuk mengelakkan lebih banyak kesesakan, McDonald’s Indonesia telah memutuskan pembelian BTS Meal hanya boleh dibuat melalui pemesanan di kaunter atau drive-thru sahaja. Dah tak boleh order melalui platform penghantar makanan. 

Phew! Min tengok pun seram oi ramai-ramai macam tu berkumpul dalam satu McD! 

Baca: “Kreatif betul” – Hasilkan Lukisan Dari Bungkusan BTS Meal, Faiz Dickie Terkejut Ramai Army Nak Beli

Bts Sss

Sumber: Liputan 6
Sumber: TikTok
Sumber: Bangkok Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.