in

BTS Tetap Kena Sertai Latihan Ketenteraan, Bakal Mendiam Dalam Dunia K-Pop Sehingga Tahun 2025?

Uhuior

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je BTS pasti semua akan mengenali ahli kumpulan dari Korea Selatan ini walaupun ada sesetengah individu yang tidak mengikuti perkembangan industri K-Pop. Mana taknya, kalau di Malaysia dimana-mana sahaja kita boleh lihat penampilan tujuh orang dari kumpulan ini tersebut.


Memang telah menjadi fenomena dunialah!

BTS tetap sertai khidmat tentera

Namun, baru-baru ini sebuah media tempatan di sana telah memberitahu bahawa kesemua anggota kumpulan BTS ini akan menjalani latihan wajib perkhidmatan tentera tidak lama lagi.

Menurut Harian Metro, latihan tersebut akan dimulakan dengan anggota kumpulan yang paling tua iaitu Jin dan mereka semua akan menjalani latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tout

Jin, 29, bakal berkhidmat selama dua tahun yang bermaksud dia tidak akan membuat sebarang penampilan bersama BTS sepanjang tempoh itu.

“Jin akan membatalkan permintaan untuk menangguhkan pendaftaran pada akhir Oktober 2022 dan mengikuti prosedur berkaitan Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera.”

Bakal berkumpul semula sekitar 2025

Menurut pengurus BTS, Bighit Music, mereka meluahkan rasa tidak sabar untuk mengembalikan BTS semula ke dunia K-Pop sebagai sebuah kumpulan yang diramalkan sekitar 2025 berikutan komitmen perkhidmatan tentera.

Untuk pengetahuan korang, BTS dikatakan tidak mendiam di dalam dunia K-Pop cuma mereka bakal kehilangan ahli dalam tempoh tersebut.

1202223407.0

Menjawab mengapa BTS perlu menjalani latihan tentera, sebenarnya semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan berumur antara 18 dan 28 tahun wajib berkhidmat dalam tentera antara 18 ke 21 bulan sebagai daripada usaha untuk mempertahankan diri daripada Korea Utara.

Namun sebelum ini ada juga beberapa penggubal undang-undang yang menggesa BTS untuk dikecualikan daripada latihan ketenteraan kerana difahamkan mereka telah menyumbang kebaikan kepada negara.

Wah peminat nanti mesti rindu dengan mereka!

Baca: ARMY Luar Biasa! Peminat BTS Indonesia Kumpul Lebih RM130k Buat Mangsa Tragedi Stadium Kanjuruhan

Screenshot 2022 10 18 At 12.55.14 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.