in

“Kreatif betul”- Hasilkan Lukisan Dari Bungkusan BTS Meal, Faiz Dickie Terkejut Ramai Army Nak Beli

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kalau kita sudah habis makan, mesti bungkusan makanan itu kita akan buang dalam tong sampah, betul tak?


Tapi, personaliti media sosial yang dikenali sebagai Faiz Dickie ini pula ambil inisiatif untuk hasilkan lukisan seni menggunakan bungkusan makanan daripada BTS Meal yang menjadi menu popular baru-baru ini.

Perkara ini dikongsikan melalui video yang dimuat naik di Instagram Faiz Dickie baru-baru ini.

 

Bungkusan makanan jadi lukisan

Menurut Faiz atau nama sebenar Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, dia menghasilkan karya seni itu hanya untuk suka-suka sebagai tanda sokongan kepada BTS.

“At least dapat recycle paperbag, kotak nugget tu semua into something else kan?”

Kreatif betul. Kalau kita ni, lepas kenyang makan mesti terus buang je paperbag tu.

 

Siap ada yang nak beli

Lukisan yang diberi nama Army of the Galaxy itu mendapat perhatian ramai terutamanya peminat BTS selepas melihat hasil seni itu.

Pada awalnya, Faiz bercadang untuk jual hasil lukisan tersebut lepas tengok ramai Army yang berminat dengan lukisan dia itu.

Huh

Semalam, lukisan tersebut ditawarkan bermula daripada harga RM 50 sehinggalah mencapai harga yang tertinggi daripada individu yang menawarkannya di ruangan komen posting tersebut.

Selain itu, Faiz juga bercadang untuk sumbangkan sebahagian daripada hasil jualan lukisan itu kepada orang-orang yang memerlukan.

 

Tak best pula nak jual

Menerusi posting lain di Instagram milik Faiz Dickie, dia beritahu yang dia tak jadi jual lukisan BTS tersebut sebab dia rasa bersalah nak jual dekat orang. Dia berpendapat yang orang sekarang ini tengah nak berjimat- cermat dalam berbelanja dan tak sepatutnya gunakan duit untuk perkara yang tak penting.

“Considering now adalah masa yang kritikal untuk kita semua financially, i feel like tak best la pulak nak jual panting ni.”

Disebabkan itu, dia berhasrat berikan lukisannya itu kepada salah seorang pengikutnya di Instagram secara percuma.

Dah la pandai lukis, baik pula tu. Siap nak kasi free tau. Mantap la Faiz Dickie!

 

Sumber: Faiz Dickie

Baca:”Kami Respect Army”- Nak Muntah Rasa Sos Cajun Dari BTS Meal, Beby Tora Minta Maaf

Capture 7

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.