in

“Umur dorang dah 40 ke 50an??” – 7 Gambar Pelakon Lelaki Korea Terkenal Era 2000-an, Makin Tua Makin Handsome!

Oppa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi penggemar k-drama kat luar sana, korang pasti ingat kan drama Korea pertama yang mula-mula ditayangkan di televisyen Malaysia dahulu.


Winter Sonata yang ditayangkan pada tahun 2002 ni, telah mendapat sambutan hebat penonton sampaikan admin ingat lagi, Hazami siap buat lagu lah daripada OST k-drama ni. Selepas daripada itu, k-drama lain seperti Autumn in My Heart, Coffee Prince, Full House dan macam-macam lagilah mulai hit pada tahun 2000-an.

Winter 14

Seiring dengan itu, pelakon-pelakon lelakinya pun menjadi dambaan ramai gadis di negara kita. Sudah berbelas tahun berlalu, korang mesti curious kan nak tahu perubahan wajah hero-hero ni dari dulu dan sekarang?

Nah perkongsian daripada Facebook Kakimuvee himpunan gambar-gambar pelakon lelaki Korea tahun 2000-an dulu vs sekarang: 

 

1. Hyun-Bin

Nama Hyun-Bin mula menjadi sebutan gadis ramai apabila drama komedi lakonannya, My Lovely Sam Soon mula mendapat perhatian. Sejak daripada tu, Hyun-Bin yang berusia 38 tahun menjadi lead role k-drama lain seperti Secret Garden, Memories of Alhambra dan yang terbaru ni, Crash Landing On You.

Ramai gila yang masih tak boleh move on dengan Captain Ri kan? 

121113915 3339257086170039 2377252383607143335 O

 

2. Song Seung-Hun 

Mula terkenal dalam k-drama Autumn In My Heart, sedar tak sedar oppa kita ini dah berusia 44 tahun tau! Antara drama terbaru Song Seung-Hun ialah Dinner Mate yang mana dia bergandingan dengan Seo Ji-hye yang mula terkenal dalam Crash Landing On You.

120998292 3339257296170018 6659078473429005218 O

 

3. Jang Hyuk 

Inilah kata orang, makin tua dan matang, makin kacak dan bergaya pula oppa Jang Hyuk kita ini. Terkenal melalui k-drama Successful Story of Bright Girl dengan Jang Nara, Jang Hyuk sekarang dah berusia 43 tahun dah pun.

121107766 3339257599503321 5292615858232379782 O

 

4. Bae Yong Joon 

Siapa yang tak kenal dengan Bae Yong Joon ni bermakna korang bukanlah peminat tegar k-drama yang sebenar! Sebabnya, ‘oppa bae’ kita ini merupakan seorang legend drama Korea dan juga pencetus kepada kegilaan k-drama sekarang ni. Bae Yong Joon, 48, kini sudah tidak aktif lagi berlakon dan katanya terlibat dalam dunia perniagaan.

Masih handsome ye dia sekarang! 

121083523 3339257999503281 216718827513797421 O

 

5. So Ji-sub

Kalau dulu oppa So Ji Sub nampak seperti budak-budak hip hop dengan hairstyle rambut terpacak, namun sekarang tidak lagi. Mula dikenali dalam k-drama What Happened in Bali dan kini masih lagi menjadi pujaan ramai dalam k-drama terbaru seperti Master’s Sun dan Oh My Venus, So Ji-Sub nampak makin muda walaupun usia dah 42 tahun.

121222106 3339258872836527 4015779738192990362 O

 

6. Lee Jun Ki 

Kalau korang tengok Flower of Evil, k-drama yang tengah meletup baru-baru ni, korang mesti kenal dengan Lee Jun Ki kan? Beliau yang sebelum ni terkenal dalam k-drama Scarlet Heart mula menempa nama melalui drama My Girl. Tak banyak berubah kan dulu sekarang?

121362388 3339259136169834 8936547688714320506 O

 

7. Rain 

Kalau layan Full House, mesti korang masih ingat akan Rain hero dambaan gadis zaman 2000-an kan? Rain yang seusia dengan Jun Ki dan Hyun-Bin ni sangat talented tau. Dia boleh menari, menyanyi dan macam-macam lagilah selain daripada berlakon. Lama dah min tak dengar cerita pasal dia. Tapi masih kacak macam dulu tau! 

121104972 3339260149503066 2854450789159763309 O

Amacam? Awet muda kan dorang semua! Masih kacak macam dulu. 

Baca: Song Hye-kyo: Digelar ‘Ikon Natural Beauty’ Korea Kerana Wajah ‘Tak Makan Usia’ Dan Tetap Sama Dari Kecil

Hye Kyo

Sumber: Dramabeans
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.