in

UMNO Senarai Kegagalan PH

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat ternanti-nanti sama ada kerajaan baru dapat merealisasikan manifesto mereka dalam masa 100 hari seperti yang dijanjikan.


Annuarmusa
sumber: mstar

Bukan sekadar rakyat, UMNO juga turut memerhatikan dengan teliti setiap gerak geri kerajaan. Menurut Sinar Harian, Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa telah menyenaraikan kegagalan PH menjelang 100 hari pemerintahan di negara ni.

  • Cukai semakin tinggi
  • Tajaan PTPTN semakin sukar
  • Harga barang semakin naik
  • Tol terus terpaksa dibayar
  • Gaji minimum RM1,500 tidak terlaksana
  • Bantuan sara hidup semakin kecil
  • Pekerjaan semakin sukar
2 6
sumber: fmt

Beliau juga mengatakan bahawa rakyat tidak dapat buat apa-apa selain hanya menelan segala kesan yang dirasai.

“Ternyata mereka gagal tunaikan janji dengan dateline yang mereka cipta sendiri. Hanya sesuku sahaja yang separa tertunai. Itu pun dengan impak kerosakan teruk kepada ekonomi negara.”

“Terpaksalah telan dan berpuas hati dengan umpanan label serta kebencian kepada kerajaan lama. Selamat menyambut hari ke-100 kerajaan kakistocracy PH.”

Menurut Annuar lagi, senarai kerosakan dibuat PH itu akan terus bertambah susulan ahli-ahli Kabinet ‘berkepala dua’ yang tidak dipilih dengan baik dan mempunyai dasar yang berbeza sehingga tepaksa korbankan kualiti kerana kuota didahulukan.

Capture 3
sumber: berita harian

“Maka jadilah kerajaan PH ini kerajaan kakistocracy tulen. Sedikit pengharapan yang masih ada ialah kumpulan reformasi, baru mencari ruang pernah dijanjikan. Itu pun kalau tidak disegerakan besar kemungkinan pisang berbuah dua kali.”

Bukan itu sahaja, Annuar juga memberitahu bahawa kerosakan yang berlaku ialah kehilangan pendapatan negara melalui GST, tunggakan bayaran balik tuntutan GST membengkak, pelaburan asing menguncup, mata wang negara semakin lemah dan harga komoditi terus merundum.

“Munculnya ketagihan lama terhadap kereta nasional, Formula 1, jambatan bengkok, Ting Phek King, Daim, St Miguel dan Jepun akan menyeret kembali ke era krisis ekonomi atau matawang 90-an.

“Pasaran Saham Malaysia telah kehilangan puluhan bilion mutakhir ini. Tahap 1800 mata yang dicapai sebelum ini semakin jauh.”

Katanya, sistem lain juga turut rosak termasuk kabinet, badan kehakiman, legislatif, sosial, politik dan bahasa.

Bukan senang nak buat perubahan dalam masa 100 hari. Tapi apa-apa pun kita kena positif yang PH akan laksanakan janji walaupun memerlukan extra time.

Baca: Najib Suruh PH Jangan Sibuk, Bayar Hutang 1MDB

Najib 1Mdb 758X400 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.