Hari persandingan merupakan antara momen yang paling diingati sepanjang hidup selepas bergelar suami isteri.
Terbaru, satu pasangan pengantin tular di media sosial apabila pengantin lelaki memakai sepersalinan penuh kostum siri animasi Jepun yang ikonik iaitu Ultraman.
Artikel berkaitan: Cari Rezeki Pelbagai Cara, Pakai Kostum Ultraman Main Violin Tarik Perhatian Pelancong
Artikel berkaitan: Lelaki Mabuk Ditahan Polis Gara-gara Cuba ‘Lawan’ Ultraman
Dalam perkongsian TikTok @redrangerspenang, difahamkan majlis persandingan itu diadakan di Miri, Sarawak, pengantin lelaki yang memakai kostum Ultraman Taro itu didampingi pengantin perempuan yang memakai busana pengantin serba merah hati. Matching ya!
@redrangerspenang Selamat pengantin baru buat ultraman taro (@Zie ) dan pasangan Wedding of Zulhafizie & Qayyimah Video by : Abang Daizrulizam #ultramantaro #selamatpengantinbaru #ultraman
Menjengah ke ruangan komen, difahamkan pengantin lelaki @ziesenin89 itu sudah pun mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak untuk memakai kostum tersebut, malah keluarga mereka itu juga sangat menyokong minat kedua-dua mempelai itu.
“Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi, sehingga kedua-dua pihak keluarga kami supportif minat kami sambil membuat majlis besaran luar biasa untuk kami terima kasih dan sayang isteri dan sayang semua sekeluarga,” tulisnya di kapsyen.
“Akhirnya Ultraman kahwin juga…”
Perkongsian di TikTok itu sudah pastinya menarik perhatian netizen kerana ianya sesuatu yang sangat luar biasa dan unik.
Wah, mesti pasangan ni peminat Ultraman!