Ujian Bertutur SPM Di Kawasan Terlibat Banjir Diteruskan Seperti Dijadualkan – Menteri Pendidikan

Jadikan sumber pilihan di Google
Ujian Bertutur

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember 2024 ini akan tetap diteruskan biarpun beberapa negeri sedang dilanda bencana banjir.

Memetik laporan Astro Awani, Fadhlina berkata pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersiap siaga sepenuhnya bagi memastikan kelancaran SOP Ops Payung bagi calon yang bakal menduduki ujian itu bermula esok sehingga Khamis ini.


Screenshot 2024 12 01 At 3.08.22 Pm

Artikel berkaitan: “Tetap hadir” – Mangsa Banjir Hadir Konvokesyen Di PPS, Orang Ramai Titip Kata Semangat

Artikel berkaitan: Trak ATM Tergelincir Semasa Redah Banjir Tidak Libatkan Pelajar SPM

Beliau juga memaklumkan KPM telah mempunyai Pelan Tindakan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan pekeliling mengenainya telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu.

Pelan ini akan melibatkan kerjasama dengan agensi seperti NADMA, ATM dan APM bagi memastikan perperiksaan SPM berjalan seperti yang dijadualkan dengan lancar.

Pihak KPM juga menyalurkan bantuan tambahan kepada calon yang terkesan dengan bencana banjir berupa asrama atau pusat perperiksaan alternatif untuk mereka menduduki SPM.

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Ujian Bertutur SPM Di Kawasan Terlibat Banjir Diteruskan Seperti Dijadualkan – Menteri Pendidikan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ujian-bertutur-spm-di-kawasan-terlibat-banjir-diteruskan-seperti-dijadualkan-menteri-pendidikan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen