Dalam arena sukan, tak dinafikan ada segelintir individu sama ada pemain atau penonton yang bertindak di luar kawalan kerana terlalu emosi hingga boleh mengganggu kelancaran sesebuah perlawanan.
Tular sebuah video di platform X, memaparkan seorang lelaki membawa batang besi dipercayai untuk melakukan kekerasan kepada seorang pengadil kerana tidak puas hati anaknya dikenakan kad merah dalam satu perlawanan bola sepak peringkat sekolah.
Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan lelaki yang dipercayai seorang bapa kepada salah seorang pemain bola dalam perlawanan itu mengambil batang besi yang berada di tepi padang sebelum menuju ke padang perlawanan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Perlawanan Bola Sepak Di Kelantan Jadi Kecoh, Pengadil Kena Bantai Dengan Penyokong!
Artikel berkaitan: Kejohanan Bola Sepak MSSD Kecoh, Pelajar Didakwa Cuba Pukul Pengadil
Anak kena red card kau nak amik batang besi pukul ref.
Bola Malaysia ni dah la dah nazak, ada pulak orang macam ni jadi enabler kepada anak2 tunjuk perangai xsemenggah. Pundek betul mak bapak macam ni.
Kalau aku jadi coach aku perhambat keluar je player tu. Menyusahkan ? pic.twitter.com/tDhSdl8Pxc
— RonKemar (@ronramka) July 8, 2024
Tindakan bapa pemain itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas dan batang besi berkenaan juga dirampas dari tangannya.
Selepas ditenangkan anggota Rela, seorang individu yang dipercayai kakitangan pasukan bola turut dilihat datang ke arah bapa terbabit namun berlaku sedikit pertengkaran mulut.
Walau bagaimanapun, bapa berkenaan seperti tidak dapat menenangkan diri apabila dia sekali lagi mengangkat besi pada penghujung video namun anggota Rela sempat menenangkannya.
Perkongsian video itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen geram dengan tindakan bapa berkenaan yang dilihat terlalu mengikut emosi.
Bukan itu sahaja, sikap bapa tersebut juga dikatakan boleh menjejaskan imej sukan bola sepak.
Sumber: X