in

Kejohanan Bola Sepak MSSD Kecoh, Pelajar Didakwa Cuba Pukul Pengadil

Syaz Ft 80

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi X di mana seorang pelajar lelaki cuba untuk memukul pengadil dalam satu kejohanan bola sepak antara sekolah.


Menurut laporan Kosmo!, insiden itu berlaku ketika Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu, Kedah.

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat pelajar tersebut secara tiba-tiba menolak kasar pengadil tersebut dari arah belakang sewaktu konflik di antara dua pasukan itu berlaku.

Artikel berkaitan: ‘Excited’ Nak Raikan Gol, Pemain Bola Sepak Terlanggar Tiang Sampai Benjol Kepala

Artikel berkaitan: Berpunca Dari Ejek Mengejek, 20 Pelajar Sekolah Ditahan Sebab Pukul Budak Tingkatan Tiga

Lebih mengeruhkan keadaan, apabila pengadil bola sepak itu membalas pukulannya terhadap pelajar lelaki tersebut sebelum pelajar lain yang memakai jersi sama menyertai perbalahan itu dengan mengasari pengadil.

Situasi itu dapat ditenangkan selepas beberapa individu dipercayai pelatih serta pelajar lain meleraikan perbalahan tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi dari mana-mana pihak terlibat susulan insiden itu.

Sumber: X, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.