in

“Hotel sold out, cable car bakal sesak” – Tok Ti Umum Bakal Anjurkan Konsert, Peminat Berdebar Nak Battle Lagi

Tokti Buat Konsert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi terkenal nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini ada menganjurkan konsert Sebuah Epitome Saya, Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada bulan Mac lalu.


Pastinya ramai yang tahu bahawa tiket untuk konsert itu sebelum ini telah habis dijual dalam masa beberapa jam selepas ia mula dijual.

Artikel berkaitan : Mana abang yang pakai filter muka saya?”- Abang FoodPanda ‘Famous’, Tampilkan Diri Sewaktu Konsert Datuk Siti

Artikel berkaitan : “Sampai masa nanti” – Ini Respon Siti Nurhaliza Apabila Dicadang Gelaran Biduanita Negara

Disebabkan itu, para peminat dikejutkan lagi dengan pengumuman terbaharu daripada Tok Ti berkenaan dengan konsert terbarunya lagi yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram beberapa jam lepas, Konsert Cinta Di Awan bakal dianjurkan di Resorts World Genting pada 10 Ogos 2024 nanti, jualan tiket akan dibuka pada 25 April nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Berikutan dengan pengumuman itu, ramai netizen mula rasa teruja untuk mendapatkan tiket tersebut dan tidak mahu terlepas peluang seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, ada juga yang dapat ramalkan bahawa situasi di Genting akan jadi meriah disebabkan konsert yang dijalankan.

Screenshot 2024 04 18 162256 Screenshot 2024 04 18 170348 Screenshot 2024 04 18 170409 Screenshot 2024 04 18 170431 Screenshot 2024 04 18 170449

Kepada peminat Tok Ti yang nak pergi, goodluck!

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.