Tular Video Janin 25 Minggu Dalam Lori Sampah, Polis Ambil Keterangan 4 Individu

Tambah ke Sumber Pilihan
Tular Video Janin 25 Minggu Dalam Lori Sampah, Polis Ambil Keterangan 4 Individu

Polis telah mengambil keterangan daripada empat individu bagi membantu siasatan penemuan janin bayi dalam sebuah lori sampah di Bukit Jalil, semalam.

Janin berusia kira-kira 25 minggu itu ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan, selain tengkoraknya pecah dan tali pusat yang terputus.

Artikel berkaitan: Janin Bayi Dalam Keadaan Cukup Sifat Ditemui Dalam Tandas Sebuah Stesen Minyak Di Pontian

Artikel berkaitan: Pemandu Lori Sampah Ditemui Cedera Parah Dalam Longkang Besar, Tak Ingat Apa Yang Berlaku

G75Yrq5BiaafindSumber: X RedzuanNewsMPB

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, janin berukuran 35 sentimeter (cm) itu ditemui susulan laporan yang diterima, dan empat individu telah dirakam percakapan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian bayi baru lahir atau anak hidup,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, dua klip video berdurasi lapan dan 14 saat tular di media sosial memaparkan objek dipercayai janin bayi dalam timbunan sampah sebuah lori.

Aidil turut memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan mengenai kejadian itu pada jam 12.51 tengah hari.

Sebelum ini, dua video, masing-masing berdurasi lapan dan 14 saat tular di media sosial memaparkan objek dipercayai mayat bayi ditemui dalam timbunan sisa dalam lori sampah berkenaan.

Lebih menyayat hati, bayi yang dipenuhi air sampah itu dilihat seakan-akan berada dalam kedudukan seperti janin dalam kandungan.

Sumber: Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tular Video Janin 25 Minggu Dalam Lori Sampah, Polis Ambil Keterangan 4 Individu
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tular-video-janin-25-minggu-dalam-lori-sampah-polis-ambil-keterangan-4-individu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM