in

“Trauma nak jalan bawah kipas ni” – Bilah Kipas Gergasi Tiba-tiba Jatuh Atas Pelanggan Dalam Restoran!

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tengok kipas siling ni memang takut je kalau-kalau terjatuh…


Mimpi ngeri ini benar-benar berlaku apabila bilah kipas siling gergasi terjatuh di dalam sebuah kedai kopi di Tampines, Singapura.

Xfan 5.Jpg.pagespeed.ic .6Pwdx5Idwm

Menurut Must Share News, kejadian ini berlaku selepas tangga yang digunakan oleh salah seorang pekerja untuk menyelenggara restoran tersebut terlanggar kipas yang sedang bergerak hingga menyebabkan kipas tersebut berpusing di luar kawalan.

Ekoran dari pertembungan ini, sebahagian daripada bilah kipas telah terjatuh dan seorang lelaki yang cuba melindungi seorang wanita berusia telah cedera di bahagian kepala manakala wanita tersebut dikatakan cedera di bahagian lehernya.

Xfan 1 1.Jpg.pagespeed.ic .Unz Ldq6J0

Lelaki yang cedera di kepala mula mengeluarkan darah dengan banyak namun orang-orang di sana cepat membantu untuk menghentikan darah sebelum bantuan tiba.

Tampines Kopitiaim Fan 2

Kedua-dua mangsa ini telah pun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Manakala pihak berkuasa pula masih menjalankan siasatan mengenai insiden ini.

 

Baca: “Weh ngerinya!” – Netizen Terkejut Kipas Jatuh Kepala Jururawat Semasa Berkerja

Screenshot 2020 10 30 At 12.27.09 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: 8world

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.