in

Tonton Wayang Daripada Kereta, Jakarta Bakal Lancar ‘Drive-In Cinema’ Jun Ini

Untitled 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pandemik Coronavirus melanda satu dunia pada beberapa bulan lepas, banyak perniagaan yang terpaksa ditutup termasuklah panggung wayang. Buat kaki wayang, pasti anda gian untuk menonton wayang kan?


Di Indonesia, syarikat Ergo and Co. mengambil inisiatif dengan cuba memperkenalkan ‘Drive-In Cinema’ di Jakarta. Cuba bayangkan anda boleh menonton wayang hanya daripada dalam kereta? Best gila!

Menurut Adam Haziq, wakil Ergo and Co. dalam temu bual beliau bersama Kompas, idea ini masih dalam perbincangan kerana mereka masih mengkaji undang-undang di Indonesia.

“Mungkin dengan cara membawa kereta, penonton tidak perlu keluar kereta untuk disanitasikan. Pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian dan mereka hanya perlu menunjukkan barcode sahaja” kata Adam.

Konsep ‘Drive-In Cinema’ ini sebenarnya sudahpun diperkenalkan di negara luar, namun ianya adalah sesuatu yang baru buat negara-negara di Asia Tenggara.

Agak-agak Malaysia sesuai tak buat macam ni?

Kredit: Kompas

 

BACA: Bosan Duduk Rumah? Ini 8 Filem Terbaik Thailand Pada 2019 Yang Korang Wajib Tonton

X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.