in

Bosan Duduk Rumah? Ini 8 Filem Terbaik Thailand Pada 2019 Yang Korang Wajib Tonton

X 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini sudah masuk beberapa minggu (admin malas kira) selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan pada tempoh hari. So far hari-hari korang macam mana, okay ke?


Bersempena dengan PKP ini, Lobak Merah nak kongsikan 8 filem terbaik Thailand pada tahun 2019 yang dipilih oleh Cinema Escapist. Siapa yang kaki filem Thailand tu memang patut baca artikel ini!

 

8. Sisters

Filem seram ini mengisahkan pasangan adik beradik yang bernama Veena dan Mora. Mendiang mak mereka adalah seorang pemburu krasue, sejenis roh jahat. Selepas kematian mak mereka, krasue telah mencari pasangan adik beradik ini untuk membalas dendam.

Apa yang terjadi dekat mereka? Korang kena tonton sendiri la!

 

7. The Cave

Filem ini adalah berdasarkan kisah sebenar pasukan bola sepak kanak-kanak Thailand yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang akibat banjir.

Siapa yang nak tahu apa yang terjadi kepada kanak-kanak ini dan bagaimana mereka diselamatkan, korang wajib tonton!

 

6. Inhuman Kiss

Filem ini juga melibatkan krasue seperti di dalam filem Sisters, namun diselitkan unsur-unsur percintaan sebagai tema filem.

Filem ini mengisahkan Sai, seorang gadis yang disumpah untuk menjadi krasue. Yang menariknya, filem ini menjadi taruhan Thailand untuk anugerah Oscar, namun mereka tidak dipilih pada akhirnya.

 

5. Hope Frozen

Filem Hope Frozen mengisahkan kisah sebenar sebuah keluarga di Thailand yang mahu mengawet otak anaknya. Seram pula bila baca!

 

4. Krabi 2562

Siapa je yang tak pernah bercuti di Krabi kan? Seperti tajuknya, filem ini mengisahkan sejarah Krabi dan apa sebenarnya yang terjadi di situ. Korang tak curious ke?

 

3. Where We Belong

Filem ini mengisahkan sepasang rakan karib, Sue dan Belle yang terpisah kerana Sue yang terpaksa pergi untuk menyambung pengajian di Finland.

Dengar macaam cliche dan bosan kan? Tahukah anda, filem ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah okay!

 

2. Happy Old Year

Melihatkan pelakon sahaja, filem ini memang wajib ditonton. Dibintangi oleh Sunny Suwanmethanon dan Chutinmon Chuengcharoensukying (pelakon Bad Genius).

Filem ini mengisahkan Jean, seorang gadis yang sedang membersihkan rumahnya namun terjumpa barang-barang yang mengingatkan kembali bekas kekasih, Aim. Bunyi macam cliche, tapi filem ini dapat high rating tau!

 

1. Friend Zone

Siapa dekat sini yang selalu kena friend zone dengan crush korang memang wajib tonton filem ini.

Mengisahkan Palm yang menyukai sahabat karibnya, Gink semenjak daripada zaman persekolahan sehinggalah ke alam pekerjaan. Rasa macam related dengan kehidupan admin pula haih.

 

Sumber: Cinema Escapist

 

BACA: Gadis Ini Berang Dapat Topeng Muka Diperbuat Daripada Beg Kenduri Dan Tisu

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.