“Tong air, baldi semua onz” – Boleh Isi Popcorn Dalam Mana-Mana Bekas, Cuma Beli Tiket Wayang

Jadikan sumber pilihan di Google
“Tong air, baldi semua onz” – Boleh Isi Popcorn Dalam Mana-Mana Bekas, Cuma Beli Tiket Wayang

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai satu kempen yang dijalankan di panggung wayang di Vietnam dimana mana-mana individu yang membeli tiket wayang akan menerima popcorn percuma yang boleh diisikan ke dalam mana-mana bekas. Biar betikkk?!!!

Menerusi posting asal di sebuah grup Facebook, kempen terbabit dilancarkan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk menonton wayang.


Wayang Vietnam E1667005837355

312566821 1828601754176221 1901789768048504706 N E1667005902611

313179446 1828602037509526 2896800946856806340 N E1667005948970

313276581 1828602134176183 8392213639662368990 N E1667005980978

MBO Cinemas bakal join sekaki?

Meskipun kempen ini berlaku di Vietnam, netizen negara ini turut tertarik dengan kempen berkenaan. Malah, ada juga yang cuba-cuba bertanyakan sama ada mana-mana wayang di Malaysia akan turut serta menjalankan kempen ni.

Tidak cukup dengan itu, sebuah grup Facebook, Kakimuvee juga telah mencabar mana-mana wayang di Malaysia untuk menyertai kempen ini dan… jeng, jeng, jeng!!!

ADA WAYANG YANG SAHUT CABARAN!

Menerusi portal Facebook rasmi mereka, MBO Cinemas merupakan yang terawal menyahut cabaran yang diberikan Kakimuvee dan netizen lain.

Kalau tak percaya, korang boleh tengok kat bawah ni:

Min pasti, mesti ada diantara korang yang baca ni akan beranggapan ini cuma satu gurauan saja. Yelah kan, banyak tu popcorn yang perlu dibagi pada orang ramai kalau kempen ni jadi.

Selidik punya selidik, rupanya MBO Cinemas ni serius gais! Siap bagitau netizen dah boleh mula cari tong kat Shopee sementara mereka nak finalize beberapa terma dan syarat.

 

Wahh! Tertarik menarik kau memang da bom la! Apa-apa pun, kita tunggu saja kenyataan rasmi MBO Cinemas bila mereka akan lancarkan kempen ni. Eksaited min!

Sumber: WE LOVE ASEAN

Baca: [VIDEO] Pesanan ‘Deep’ Dalam Wayang di Terengganu Buat Netizen Kagum

Pesanan Deep Wayang Terengganu E1667004789987

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang imaginatif dan gemar menulis. Sukakan haiwan dan anime. Lebih menggemari genre seram walaupun masih tutup mata bila hantu muncul.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tong air, baldi semua onz” – Boleh Isi Popcorn Dalam Mana-Mana Bekas, Cuma Beli Tiket Wayang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tong-air-baldi-semua-onz-boleh-isi-popcorn-dalam-mana-mana-bekas-cuma-beli-tiket-wayang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen