in

[VIDEO] Pesanan ‘Deep’ Dalam Wayang di Terengganu Buat Netizen Kagum

Pesanan Deep Wayang Terengganu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya hampir semua masyarakat Malaysia tak kira peringkat umur pernah menonton wayang sekurang-kurangnya sekali. Selain itu, antara filem yang sentiasa mendapat perhatian dan menjadi pilihan ramai adalah filem yang bergenre aksi, seram, komedi dan juga thriller.



Umum mengetahui setiap kali sebelum menonton wayang, ada beberapa peraturan dan pesanan khas yang perlu dipatuhi seperti tidak membawa makanan dan minuman luar, tidak merakam filem, tidak boleh merokok dan jangan buat bunyi bising. Mesti korang pun dah terbiasa dengan peraturan ni kan?

Pesanan ‘deep’ dalam wayang di Terengganu

Namun, berbeza pula dengan wayang di Terengganu ini apabila seorang pengguna TikTok @sabri_mamat atau lebih dikenali sebagai Sabri sempat memuat naik satu video memaparkan pesanan khas dari Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sebelum filem ditayangkan. Nak tau tak apa pesanan ikhlas tu?

Dalam video tersebut, jelas dapat dilihat di skrin besar panggung wayang tersebut menjelaskan tentang seksyen 34 yang merangkumi perbuatan tidak sopan di tempat awam seperti berpelukan, bercium atau seumpamanya adalah salah satu kesalahan yang sama sekali dilarang.

Mereka yang melakukannya boleh didenda RM 1000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Selain itu, skrin tersebut turut memaparkan seksyen 35 berkenaan mendedahkan mana-mana tubuh yang boleh menimbulkan ghairah di tempat awam.

5 1

Kesalahan ini juga boleh didenda tidak melebihi RM 1000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Min pun baru tahu tentang peraturan ni tau!

Netizen kagum dengan peraturan cegah maksiat ini

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju peraturan ini dikekalkan dalam wayang serta ada juga netizen meminta supaya peraturan tersebut turut diaplikasikan di wayang negeri lain.

3

Bagus juga bila ada peraturan macam ni! Baru orang tak berani buat yang pelik-pelik dalam wayang!

Baca: “Boleh saman 1 juta sorang” – Ramai Pengguna TikTok Muat Naik Scene Mat Kilau Dalam Wayang?”

4 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.