in

Tips & Panduan Untuk Khunsa & Mualaf Tunai Umrah Daripada Adam Corrie Lee

Adam3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian bermanfaat harus lah dikongsi bersama, ada segelintir manusia mempunyai sesuatu kelemahan diri sehinggakan jadi buntu samada amalan ibadat itu diterima ataupun tidak.


Jika ingin membuat pertanyaan umum, pasti rasa kurang yakin kerana bimbang membuka aib sendiri. Misalnya, seorang lelaki mualaf yang bertatu dan lelaki khunsa yang ingin cuba tunaikan umrah. Pasti ada yang was-was nak buat bahkan malu untuk bertanya kan?

Mujurlah ada Adam Corrie Lee, berdasarkan pengalamannya sendiri. Beliau kongsikan bagaimana golongan ini menunaikan ibadah umrah dengan baik. Ilmu haruslah dikongsi bersama kan?

Islam itu indah & mudah.. jika kita faham .

Adamcorrie
Sumber : instagram

“Ramai yang tanya saya.. macamana org yang ada tattoo dan lelaki khunsa yang dada seperti wanita nk pakai ihram ketika mengerjakan umrah & haji.

Ketika pertama kali saya hendak mengerjakan umrah dulu, saya dinasihatkan oleh ustaz , ketika tawaf tak perlu berihram ittiba’ , cukup hanya ihram biasa sahaja.

Demi menjaga pemandangan jemaah lain dari fitnah dan mereka berkata2 di dlm hati.

Tak faham boleh rujuk dgn ustaz2 yang bertauliah. Saya bkn ustaz, saya hanya seorang artis cina muslim.

Islam itu indah & mudah.. jika kita faham .

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie”

Mudah je rupanya, mungkin bagi mereka lelaki mualaf masih mempunyai tatu dibadan bukanlah penghalang untuk menjalani ibadah umrah. Hanya perlu menggunakan Ihram biasa sahaja bagi mengelakkan sebarang fitnah dan menjejaskan perjalanan ibadah jemaah lain.

Bagaimanapun, rujuklah kepada ustaz-ustaz bertauliah jika inginkan penarangan yang lebih jelas. Apapun, perkongsian yang diberikan oleh Adam Corrie Lee ini cukup memadai untuk kita mendapatkan ilmu pengetahuan terutamanya bagi golongan-golongan seperti ini.

Baca : Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

Adamcorieleeeee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.