in

Tinggal Boyfriend Sebab Bankrap!

Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak salah nak berhabis untuk orang yang kita sayang, tapi tak perlu lah sampai memudaratkan diri. Ini lah terjadi kat seorang lelaki di Hangzhou, China yang sanggup habiskan jutaan ringgit untuk teman wanita dia sampai nak kena masuk lokap!


Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki dikenali sebagai Zhang ni datang dari keluarga berada dan memang membesar dalam kemewahan. Apa saja yang dia nak, semuanya boleh dapat guna duit. Kisah malang Zhang bermula bila dia berjumpa teman wanitanya dua tahun lepas.

Gf Dumps Bf For Being Bankrupt After He Spent Rm142 Million Buying Gifts For Her World Of Buzz 8
sumber: wob
Gf Dumps Bf For Being Bankrupt After He Spent Rm142 Million Buying Gifts For Her World Of Buzz 2
sumber: wob
Gf Dumps Bf For Being Bankrupt After He Spent Rm142 Million Buying Gifts For Her World Of Buzz 3
sumber: wob

Teman wanita Zhang yang bernama Yang ni seorang model cantik. Zhang sayang sangat kat kekasih dia ni dan manjakan Yang dengan hadiah-hadiah mahal. Khabarnya Yang ni selalu menunjuk beg tangan berjenama, barang kemas, kereta besar dan percutian mewah yang dihadiahkan Zhang. 

Bukan tu je, Zhang jugak ada belikan sebuah rumah untuk Yang dan dah siap bayar down payment bernilai RM2.38 juta. Tapi bila dah selalu sangat berbelanja besar, Zhang macam dah tak mampu. Jadi dia tak ada pilihan dan ambil RM41.7 juta dari syarikat bapa dia untuk tampung gaya hidup mewah yang dia amalkan.

Gf Dumps Bf For Being Bankrupt After He Spent Rm142 Million Buying Gifts For Her World Of Buzz 6
sumber: wob
Gf Dumps Bf For Being Bankrupt After He Spent Rm142 Million Buying Gifts For Her World Of Buzz 5
sumber: wob
Gf Dumps Bf For Being Bankrupt After He Spent Rm142 Million Buying Gifts For Her World Of Buzz 4
sumber: wob

Tak cukup dengan tu, Zhang siap pinjam duit daripada kawan-kawan dia yang kaya dan gunakan untuk berjudi supaya dia boleh bayar balik duit bapa dia. Tapi tiba-tiba dia kalah dan rugi RM101.4 juta.

Bila dah tengok Zhang tak mampu nak bayar balik, kawan-kawan yang bagi pinjam duit ni laporkan dia pada polis. Zhang kena tangkap dan mengaku yang dia dah buat keputusan kewangan yang salah.

Gf Dumps Bf For Being Bankrupt After He Spent Rm142 Million Buying Gifts For Her World Of Buzz
sumber: wob
Gf Dumps Bf For Being Bankrupt After He Spent Rm142 Million Buying Gifts For Her World Of Buzz 7
sumber: wob

Zhang jugak salahkan Yang sebab katanya teman wanita dia ni yang galakkan dia berjudi. Jadi Zhang didakwa melakukan penipuan dan berdepan hukuman penjara. Apa yang lagi sedih, Yang siap tolong polis dan kasi bukti untuk kes Zhang. Jahatnya!

Lepas tinggalkan Zhang sebab lelaki tu dah bankrap, Yang dilihat mula muat naik gambar dengan lelaki lain pulak kat media sosial dia. Cepatnya move on! Khabarnya Zhang tu pulak ada isteri dan anak. Maknanya Yang tu mungkin cuma perempuan simpanan dia je.

Kan dah rugi tu. Duit lesap, awek lari…

Baca: Lelaki Didenda Bayar Lebih RM3 Juta Kerana Abaikan Ibu Selepas Dapat Teman Wanita

Aspajsmpncm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.