Biasanya kalau korang dengar cerita pasal hantu, selalunya jumpa kat mana? Mesti ramai antara kita akan cakap kat kubur, hutan, rumah tinggal, tempat sunyi gelap dan sebagainya.
Namun baru-baru ni kecoh bila penduduk kampung diserang hantu kat majlis perkahwinan. Bukan satu tapi 3 spesis hantu yang ‘menyerang’ majlis tersebut.
Video yang dikongsikan pengguna facebook ni sebenarnya merupakan adat setiap kali berlangsungnya majlis perkahwinan di Hutan Melintang, Perak.
Korang janganlah ingat hantu betul pulak.
Ini merupakan tradisi masyarakat jawa di kawasan tersebut yang dipanggil ‘Abit & Cepet’.
https://www.facebook.com/norasma.arbae/videos/10218604687419080/
Korang perasan tak dalam video tersebut ada dua ‘event‘ iaitu kumpulan yang bermain dengan api dan kumpulan hantu.
Abit bermaksud sekumpulan anak muda bermain api dan membuat persembahan dengan memusingkan obor manakala cepet bermaksud ‘individu’ yang berpakaian menyerupai hantu bertujuan untuk menakutkan tetamu.”– Syok.my
Biasanya korang boleh tengok tradisi seperti ini hanya di Hutan Melintang, Perak. Malah masyarakat jawa di sana cakap yang tak sempurna sesuatu majlis perkahwinan itu kalau tak ada ‘Abit & Cepet’ ni.
Menurut penduduk sana, tradisi ‘Abit & Cepet’ ni biasanya dilakukan lepas majlis akad nikah dan selalunya waktu malah iaitu ketika majlis titik inai.
Kumpulan Abit akan berarak bersama pengantin dengan disertai paluan kompang, manakala kumpulan cepet dah bersedia menyorok di kawasan rumah pengantin untuk menakut-nakutkan tetamu khususnya kanak-kanak.
Penduduk kampung kata, ada je tetamu yang menangis malah ada yang sampai pengsan sebab terkejut sebab tak biasa tengok sambutan tersebut.
Sebagai penutup acara “Abit & Cepet” ni, penduduk di situ akan meraikannya dengan semangkuk bubur sum-sum.
Wah! macam best je kan.