Meremang Tengok Pengantin ‘Zombie’ Masa Resepsi Perkahwinan, Tapi Lepas Dah Tau Pengantin Perempuan Rupa-rupanya…

Siapa tak mahu kelihatan cantik dan hensem masa majlis perkahwinan, lebih-lebih lagi majlis tersebut hanya sekali seumur hidup.

Pasangan pengantin biasanya sanggup berhabis duit untuk pastikan majlis perkahwinan mereka dapat dilangsungkan seperti yang diimpikan, terutama sekali make up, pakaian dan pelamin.

Tapi baru-baru ni pengguna instagram dikejutkan dengan foto pengantin ‘zombie’.

Mana tak nya pasangan pengantin ini memakai pakaian resepsi perkahwinan yang cukup cantik namun yang menjadi perhatian netizen ialah apabila wajah kedua-dua mempelai itu seperti ‘hantu’ atau ‘mayat’ yang hidup semula selepas terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat.

Korang tengok sendiri foto-foto ni.

Jeng..Jeng..Jeng!

Sumber : Instagram

Tanjat boboi tengok pengantin perempuan….

Alahai pengantin apa ni, aduhhh……

Sumber : Instagram

Korang jangan fikir bukan-bukan okay, ni bukan pengantin betul-betul pun.

Menurut pemilik akaun instagram rosli_dungun, gambar ni diambil waktu shooting suka-suka je dan pasangan pengantin tersebut hanyalah memainkan peranan mereka sebagai model pada hari tersebut.

Sumber : Instagram rosli_dungun

Yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya pengantin perempuan dalam gambar tersebut merupakan jurusolek artis profesional yang juga pemilik akaun instagram tieyrahkayy malah dia sendiri yang menyolek mukanya sewaktu sesi photoshoot itu.

Gempak kan!

Jangan tenung lama-lama, takut tak boleh tidur malam..

Sumber : Instagram tieyrahkayy

Selidik punya selidik, tieyrahkayy ni rupanya memang hebat beraksi dengan alat make up ni, korang tengok sendiri antara hasil kerja tangan tieyrahkayy ni.

Valak muslimah uoolsss….

Hantu mulut berjahit…

Pengantin muka se-sweet cotton candy…

Gadis mata se-galak Che Ta…

So korang kat luar sana, nasihat admin tak payah nak buat tema wedding ala zombie tak pasal-pasal heboh satu Malaya nanti okay.

Baca : Semoga Adib bahagia bersama bidadari-bidadari syurga.. Kad Jemputan Kahwin Adib Sabtu Ini Buat Netizen Sebak

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.