in

“Ada-ada je warga Indo ni” – Tanggal ‘Masker’ Ketika Rusuhan, Lelaki Indonesia Ini Buat Netizen Terbahak

2Masker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala dunia sedang dilanda pandemik Covid-19, negara jiran kita, Indonesia sedang melakukan demo bantahan kepada kerajaan yang ingin memperkenalkan undang-undang berkaitan tenaga kerja. Demo bantahan itu telah berlaku sejak beberapa hari lepas dan kerisauan penduduk dunia ialah tentang kebolehjangkitan virus Covid-19 yang mencatatkan bilangan tinggi di negara berkenaan.


Sungguhpun kerajaan mengeluarkan arahan untuk sentiasa memakai pelitup muka atau facemask di sana, ada juga yang seakan ‘salah faham’ dengan mengenakan masker muka. Time orang lain tengah merusuh, time tu jugalah dia nak tanggalkan masker dia. Korang tengok lah video @DanialDDD kat bawah ni

Itu masker mas!

Aduh keras perut admin tengok gelagat mamat ni tanggalkan masker dia time orang lain tengah protes. Mungkin dia confuse kot mask apa yang kena pakai.

Screenshot 2020 10 11 At 3.41.29 PmItulah pasal, orang suruh pakai mask lain dia pakai mask lain. Ini facial masak untuk kulit muka. Boleh pulak tu dia nak tanggalkan time tu gak.

Screenshot 2020 10 11 At 3.42.28 PmMemang warga Indonesia ni kreatif sangat. Ada-ada je nak buat itu ini. Kesimpulannya, admin rasa dia tak orait kot. Maybe masuk air banyak sangat.

Screenshot 2020 10 11 At 3.41.49 PmMuka cantik baru orang nak dengar suara kot kan. Sebab tu dia jaga muka dia untuk kekal flawless. 

Apa-apa pun harap kes Covid-19 di Indonesia tak mencanak naik sebab rusuhan ni lah ye. 

 

Baca: Perkenalkan Undang-undang Berkaitan Tenaga Kerja Demo Bantahan Di Indonesia Cetus Kerisauan Wujudnya Kluster Baru

Screenshot 2020 10 11 At 3.42.39 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.