in

Tiga Beradik Berbasikal Sejauh 570 Kilometer Demi Menyambut Aidilfitri Bersama Ibu

B1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Begitu juga anak-anak, yang sudah semestinya mahu sentiasa bersama ibu apatah lagi ketika mahu meraikan sesuatu.


Menurut Detik News, tiga beradik dari Sumatera Selatan, Indonesia ini telah membuat keputusan drastik yang tidak disangka ramai demi berjumpa dengan ibu mereka.

Okta, 15, bersama dua adiknya, Rizal, 13, dan Aslam, 10, sanggup menempuh perjalanan kira-kira sejauh 570 kilometer dengan menaiki basikal untuk menyambut Aidilfitri bersama ibu tersayang.

Basikal7
sumber: succ. Oomph. Co. Id

Mereka bertiga tinggal bersama nenek di Indralaya, Ogan Ilir, Sumatera Selatan dan mengambil masa selama lima hari perjalanan untuk bertemu ibu mereka, Sulastri, 40, yang bekerja di Tangerang.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu bukanlah kerana diarahkan ibu mereka namun atas keputusan sendiri. Malah wanita itu telah menghalang anak-anaknya daripada berbuat sedemikian.

Basikal5
sumber: news media

Menurut Okta, dia bersama adik-adiknya tekad dengan keputusan itu selepas mendapat tahu ibunya tidak dapat pulang beraya di kampung bersama-sama kerana tuntutan kerja di Jakarta.

Berbekalkan wang sebanyak 150,000 Rupiah (kira-kira RM48) yang diberi oleh nenek mereka berserta pakaian secukupnya, tiga beradik itu memulakan perjalanan ke Tangerang, Sabtu lalu.

Basikal3
sumber: news detik

“Pada sebelah malam, kami tidur di stesen minyak dan meneruskan semula perjalanan pada awal (keesokan) pagi,” kata Okta.

Seorang pengguna telah berkongsi kisah mereka bertiga yang kemudian menyentuh hati ramai pengguna media sosial di negara itu.

Kisah mereka menjadi tular serta merta dan semenjak itu, ramai pengguna jalan raya menawarkan tiga beradik tersebut untuk menumpang. Malah, ada juga yang menghulurkan wang untuk digunakan mereka sepanjang perjalanan.

Basikal6
sumber: mynewshub
Basikal4
sumber: merdeka. Com

Pihak ASDP Indonesia, Ferry telah membuat keputusan untuk menghantar tiga beradik itu selepas kisah mereka tersebar luas. Mereka dihantar ke rumah di Cileduk, Tangerang dari Pelabuhan Merak, Banten.

Bukan hanya membantu menumpangkan mereka dengan menaiki kapal secara percuma, tiga beradik itu turut diberikan makan! Alhamdulillah ada yang bantu.

“Saya bersimpati dengan nasib mereka yang sanggup berbasikal dari Indralaya selama berhari-hari,” kata Ferry.

Basikal1
sumber: bintang
Basikal2
sumber: mynewshub

Khamis lalu, mereka tiba di destinasi yang dituju dan turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana ianya nyata lebih membahayakan berbanding menggunakan pengangkutan awam. Betul tu!

Kita memang sanggup lakukan apa je demi orang yang kita sayang, lebih-lebih lagi ibu atau bapa. Tapi make sure utamakan keselamatan dulu sebelum membuat sesuatu keputusan!

Baca: Pasangan Berbasikal Sejauh 12,000KM Untuk Ke Tanah Suci

Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.