Tidak Terbang Bukan Penghalang, Pilot Sarung Uniform Cari Rezeki Di Darat Dengan Menjual Mi Tepi Jalan

Tambah ke Sumber Pilihan
Tidak Terbang Bukan Penghalang, Pilot Sarung Uniform Cari Rezeki Di Darat Dengan Menjual Mi Tepi Jalan

Pandemik Covid-19 ternyata memberi impak kepada seluruh penduduk dunia terutamanya dari segi ekonomi. ‘Serangan’ virus itu melumpuhkan pelbagai sektor termasuk sektor penerbangan yang terpaksa menamatkan perkhidmatan pekerja mereka gara-gara virus ini.

Beberapa syarikat penerbangan terpaksa mengambil inisiatif untuk mengurangkan tenaga kerja mereka termasuklah syarikat  Malindo Airways Sdn Bhd.

Syarikat penerbangan itu dilaporkan bakal menamatkan perkhidmatan sekitar 2,200 pekerjanya atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya lapor Sinar Plus.

Keputusan itu ternyata akan memberi kesan yang mendalam kepada pekerjanya kerana kehilangan sumber pendapatan.


Namun, untuk meneruskan hidup, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memastikan dapur sentiasa berasap.

Menerusi satu perkongsian di Facebook,dengan menggunakan langkah kreatif seorang juruterbang menyarungkan seragam kerjanya untuk menjual makanan di gerai miliknya.

123265400 10158152700953167 1594152970986236995 NSumber: Facebook

Mudah sesuaikan diri dengan jobscope yang berbeza, juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Azrin Mohamad Zawawi itu turut menyajikan pelbagai menu menarik seperti mi kari, mihun sup, laksa utara dan rojak buah.

Sungguhpun mempunyai 20 tahun pengalaman sebagai pilot, Kapten Azrin tidak kekok mengendalikan gerainya yang dikenali sebagai Kapten Corner, di BoomTown USJ11.

Perkongsian yang dibuat oleh ayahnya, Mohamad Zawawi Ahmad ternyata mendapat perhatian ramai, yang rata-ratanya mengharapkan segala urusan kapten itu dipermudahkan.

“Semalam, anak saya Kapten Azrin Mohamad Zawawi mengendalikan gerai Kapten Corner miliknya di Boom Town USJ 11 dengan berpakaian seragam lengkap juruterbang.

“Dia tidak akan tahu waktu bila dia bakal menyarung pakaian seragam juruterbang itu lagi kerana tiada siapa yang tahu tentang masa depan industri penerbangan hari ini.

“Kepada semua rakan-rakan, jemputlah datang ke gerainya untuk menikmati juadah enak seperti mi kari, mihun sup, laksa utara dan rojak buah,”

KoSumber: facebook

Tahniah kapten, dalam keadaan terhimpit ini tiada apa lagi yang dapat dilakukan melainkan terus berusaha dan tawakal. Semoga semua yang terkesan dengan ‘serangan’ virus ini akan dipermudahkan segala urusan mereka.

Baca : Viral Perkahwinan Atuk 78 Tahun Gadis 17 Tahun, Bercerai Selepas 22 Hari Bernikah

Capture 3 1Sumber: https://lobakmerah.com/viral-perkahwinan-atuk-78-tahun-gadis-17-tahun-bercerai-selepas-22-hari-bernikah/

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Anais
Lagi tulisan Anais
Peminat lagu lama, kopi, kucing, budaya, buku dan tak suka makan. Masih mencuba untuk menulis dengan baik.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tidak Terbang Bukan Penghalang, Pilot Sarung Uniform Cari Rezeki Di Darat Dengan Menjual Mi Tepi Jalan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tidak-terbang-bukan-penghalang-pilot-sarung-uniform-cari-rezeki-di-darat-dengan-menjual-mi-tepi-jalan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM