Tidak Tahan Kena Bebel, Warga Emas Pukul Isteri Dipenjara Enam Bulan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Namun, setiap pertelingkahan atau masalah tidak seharusnya berakhir dengan kekasaran seperti yang dilakukan lelaki ini.

Seorang lelaki tukang rumah telah menerima hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memukul isteri pertamanya, lapor Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

Harun Talib, 55, akui tidak tahan dengan kelakuan isteri pertama yang selalu menelefonnya untuk meminta bantuan sambil membebel. Miss Maehyae, isteri pertama Harun yang berada di rumah mereka di Jalan Sri Cemerlang itu menelefon untuk memintanya menghantarkan motosikal.

Menurut Malay Mail, Miss Maehyae yang berusia 53 tahun itu juga dikatakan membebel kerana Harun tidak berlaku adil dalam membahagikan masa antara dia dan isteri kedua. Harun bengang kerana isteri pertama menelefonnya berkali-kali pada malam itu walaupun hari tersebut adalah malam untuk isterinya yang kedua.

Sumber: Kosmo

Harun yang tidak tahan dengan leteran isteri pertamanya bertindak memukul dan mencederakan wanita itu di bahagian kepala dan muka sehingga menyebabkan kecederaan bibir sebelum dihentikan oleh jiran mereka.

Sumber: The Malay Mail

Berikutan hal itu, Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM2000 di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 (a) Kanun Keseksaan ke atas Harun. Lelaki itu yang mengaku bersalah memukul isterinya memohon supaya hukumannya diringankan pihak mahkamah dengan alasan perlu menyara anak dan dua isterinya.

Baca: Suami Pukul Kepala Isteri dan Anak Guna Penukul Kerana Mengamuk Dikejutkan Dari Tidur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.