Tiada siapa suka kalau kena saman dengan polis trafik. Apabila disaman, antara yang biasanya dilakukan adalah cuba ‘nego’ atau ‘slow talk’ dengan pegawai polis trafik. Jangan buat macam tu okay! Rasuah tu berdosa tau…
Begitu juga yang berlaku kepada seorang wanita ini yang tidak boleh terima apabila disaman polis trafik. Wanita itu juga bertindak menyerang pegawai polis bertugas pada ketika itu.
Kejadian itu dirakamkan Firman Perdana Putra, rakan setugas pegawai polis trafik tersebut dan video itu menjadi viral selepas mendapat lebih 40ribu shares.
Menurut Firman, beliau menjadi saksi kejadian itu dan menjelaskan perkara yang sebenar selepas memuat naik video tersebut. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam di Jl. Jatinegara Barat, Jakarta Timur. Trafik terlalu sesak menyebabkan ramai yang cuba mencari jalan lain untuk memintas daripada tersangkut di dalam kesesakan tersebut.
Banyak pemandu mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang dan mereka memandu di laluan bas termasuklah wanita itu.
Namun, nasibnya tidak seperti yang lain kerana wanita itu telah disaman oleh rakan setugas Firman, Aiptu Sutisna.
Wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mahu menerima saman tersebut dengan mengatakan beliau bekerja di Mahkamah Agung. Eh dia ni, dah salah nak marah pulak…
Bukan sahaja kata-kata kesat, malah wanita itu turut bertindak mengasari pegawai berkenaan. Sebaik sahaja kertas saman dikeluarkan, wanita itu dilihat seperti sedang merebut sesuatu tidak pasti papan klip atau telefon bimbit dari pegawai tersebut.
Tiada seorang pun orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba membantu meleraikan dan menghalang wanita itu daripada terus menyerang pegawai polis berkenaan. Malah, mereka hanya membunyi hon kenderaan sambil melihat ‘drama’ itu berlaku di hadapan mereka.
Wanita itu pula tidak mempedulikan orang lain yang berada di situ dan terus menyerang pegawai tersebut. Bunyi hon kedengaran tanpa henti kerana kereta wanita berkenaan berhenti di tengah jalan menghalang kenderaan lain untuk melalui jalan tersebut.
Video itu berakhir dengan wanita berkenaan menarik pakaian seragam serta jaket keselamatan yang dipakai pegawai berkenaan.
“Laporan dibuat serta merta selepas kejadian itu berlaku dan kedua-dua yang terlibat telah dibawa ke balai polis untuk soal siasat,” kata Firman.
Identiti wanita itu juga sudah dikenal pasti melalui nombor plat pendaftaran keretanya. Polis mengesahkan wanita itu bernama Dora Natalia dan beliau bekerja di Mahkamah Agung seperti yang dikatakan.
Menurut Penguatkuasa Polis Jakarta Timur Sapta Maulana, Dora dipercayai mula menyerang pegawai bertugas itu selepas disuruh berhenti daripada menggunakan laluan bas.
“Dia menggunakan laluan bas, sebab itu dia disaman tetapi dia tidak boleh terima. Kerana terlalu emosi, dia bertindak sedemikian,” kata Sapta.
Tiada berita tentang hukuman apa yang akan dikenakan kepada Dora tetapi apa yang pasti, anda jangan ikut perangai Dora okay!
Tonton video itu di bawah: