in

“Coretan yang tak sahih” – Istana Kelantan Tampil Beri Respon Pendedahan Rihana Oksana?

Istanakelantan2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu berkenaan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko semakin meleret.


Kali ini pihak istana Kelantan tampil beri respon terhadap pendedahan yang menular berkenaan dengan keperibadian Sultan Muhammad V yang menular baru-baru ini.

 

Fitnah & tak sahih

Spekulasi tercetus menerusi perkongsian Rihana Oksana sebelum ni yang mendedahkan kehidupan peribadi Sultan Muhammad V sebelum ini.

Disebabkan itu, pihak istana Kelantan menafikan sekeras-sekerasnya kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah yang disiarkan bersama gambar Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di media sosial.

 

Menurut Harian Metro, pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, Istana Kelantan sangat kesal dan membantah penyebaran gambar peribadi Sultan Muhammad V di media sosial serta semua kiriman yang tidak beradab berkaitan kehidupan peribadi baginda di media sosial.

Katanya, bukan menjadi kelaziman pihak istana untuk memberi penjelasan kepada bualan di media sosial tetapi Istana Kelantan memutuskan untuk menjernihkan kekeruhan yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat.

View this post on Instagram

Kenyataan Akhbar Istana Kelantan.

A post shared by Malaysiaroyalfamily ?? (@malaysia.royalfamily) on

Sultan Muhammad V turut menzahirkan kekesalan dan rasa dukacita di atas kekhilafan peribadi baginda yang mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan rakyat sehingga mendatangkan pertelagahan di media sosial kerana didorong khabar angin yang tidak sahih.

Katanya, baginda berharap rakyat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayahanda baginda yang amat dikasihi, Sultan Ismail Petra yang sedang gering.

 

Baca : “Dah gila ke dia ni?” – Rihana Petra Makin ‘Menjadi-jadi’, Kini Mahu Bertemu Bonda Sultan Kelantan Pulak?

Istanakelantan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.